KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah berikutan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Jun memberi petunjuk kepada lebih banyak kenaikan kadar pada akhir tahun ini.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.90 mata kepada 1,387.00 daripada 1,389.90 pada Rabu.
Indeks utama dibuka rendah 0.19 mata kepada 1,389.71.
Suasana pasaran negatif berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 167 berbanding 115 manakala 227 kaunter tidak berubah, 1,737 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 168.75 juta unit bernilai RM84.15 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street meneruskan dagangan dalam sentimen lemah berikutan minit mesyuarat Fed menunjukkan bahawa akan ada lebih banyak kenaikan kadar pada masa depan walaupun data terkini menunjukkan pesanan kilang yang lebih rendah daripada jangkaan pada Mei.
Dow Jones Industrial Average merosot 0.38 peratus semalaman manakala Nasdaq susut 0.18 peratus berikutan hasil 10 tahun AS yang semakin hampir kepada paras empat peratus pada 3.934 peratus.
Di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot 1.11 peratus pada pagi Khamis berikutan penurunan taraf terhadap beberapa bank utama oleh Goldman Sachs.
"Sentimen semakin merosot berikutan AS dan China yang terus bertelagah dalam sektor teknologi boleh menjejaskan pembangunan industri," katanya kepada Bernama.
Dalam negara, Thong berkata FBM KLCI ditutup rendah semalam berikutan jualan meningkat menjelang ditutup.
"Ia menarik apabila didapati saham perladangan secara diam mengekalkan aliran meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh sebulan mencerminkan peningkatan semula baru-baru ini untuk harga minyak sawit mentah yang kini melebihi paras RM3,900 satu tan atau paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan.
"Walaupun tarikh pilihan raya negeri yang ditetapkan pada 12 Ogos dijangka mengurangkan beberapa tahap ketidaktentuan kepada pasaran, kami menjangka sentimen akan kekal berhati-hati, justeru, mengunjurkan indeks akan diniagakan dalam julat 1,385-1,405 hari ini," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM5.84, Maybank berkurangan satu sen kepada RM8.69, Public Bank merosot tiga sen kepada RM3.87, CIMB susut dua sen kepada RM5.16 dan Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM9.04.
Daripada saham aktif, Jade Marvel naik 1.5 sen kepada 22.5 sen, Artroniq berkurangan 5.5 sen kepada 72 sen manakala Tanco, Cypark Resources dan Sarawak Consolidated, masing-masing tidak berubah pada 52.5 sen, 80.5 sen dan 47.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 17.71 mata kepada 10,233.81, Indeks FBMT 100 berkurangan 17.84 mata kepada 9,927.55, Indeks FBM ACE menambah 4.02 mata kepada 5,169.39, Indeks FBM 70 susut 12.05 mata kepada 13,539.42 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 17.79 mata kepada 10,513.54.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 25.02 mata kepada 15,439.51, Indeks Tenaga berkurangan 1.16 mata kepada 797.01, Indeks Perladangan susut 31.41 mata kepada 6,884.76 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.66 mata kepada 158.31.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.90 mata kepada 1,387.00 daripada 1,389.90 pada Rabu. -Gambar fail/Bernama

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.