Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu depan dengan paras halangan seterusnya pada 1,800 mata berikutan pemulihan harga minyak mentah dan minyak sawit mentah (MSM).
Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, eksport MSM dijangka meningkat dan ini akan menawarkan peluang baik untuk pelabur.
"Selain itu, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang telah berkembang 4.6 peratus tahun ke tahun pada Mac 2017 juga agak kukuh dan posisitf untuk sektor pembuatan.
"Ini akan menggalakkan pertumbuhan kukuh eksport dan pada masa sama membawa kenaikan harga komoditi dan penggunaan lebih baik," katanya kepada Bernama.
Nazri Khan juga berkata, sambutan ulang tahun ke-71 UMNO juga antara faktor terbesar yang mempengaruhi pelabur kerana ia mungkin mencetuskan pemikiran yang pilihan raya sudah dekat dan menjana minat ke atas saham berkaitan kerajaan seperti Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), DRB-Hicom Bhd dan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
"Selain itu terdapat spekulasi yang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China mungkin membawa masuk pelaburan besar daripada Dalian Wanda, konglomerat multinasional China dan pemaju hartanah swasta terbesar dunia ke Bandar Malaysia selepas kegagalan perjanjian antara TRX City Sdn Bhd dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC)," katanya.
Di pentas global, Nazri berkata, prestasi Wall Street dijangka menggalakkan walaupun diselubungi ketidaktentuan ekoran pemecatan Pengarah Biro Siasaan Persekutuan AS, James Comey.
"Positif sentimen berikutan data pekerjaan AS yang mantap, keputusan pilihan raya Perancis baru-baru ini juga dijangka berterusan ke minggu depan," kata Nazri Khan.
Untuk minggu yang pendek disebabkan cuti Hari Wesak pada Rabu, bursa tempatan diniagakan keseluruhannya lebih tinggi disokong harga minyak mentah yang lebih baik.
Pada asas minggu ke minggu, FBM KLCI menambah 13.13 mata kepada 1,775.87, Indeks Emas FBM naik 120.57 mata kepada12,718.10, Indeks FBMT 100 menokok 126.22 mata kepada 12,348.00 dan Indeks Syariah Emas FBM melonjak 121.16 mata kepada 13,057.93, FBM 70 pulih 287.35 mata kepada 15,319.91 dan FBM Ace meningkat 137.43 kepada 6,438.26.
Pada asas sektor, Indeks Kewangan naik 173.07 mata kepada 16,411.15, Indeks Perladangan meningkat 48.46 mata kepada 8,112.79 dan Indeks Perusahaan menokok 24.54 mata kepada 3,259.21.
Jumlah dagangan mingguan menambah 13.49 bilion unit bernilai RM10.82 bilion berbanding 14.85 bilion unit bernilai RM9.31 bilion dicatat minggu lepas.
Volum Pasaran utama merosot kepada 8.43 bilion saham bernilai RM10.10 bilion berbanding 9.75 bilion saham bernilai RM11.22 bilion minggu lalu.
Pasaran ACE naik kepada 3.89 bilion unit bernilai RM564.34 juta berbanding 3.77 bilion unit bernilai RM546.15 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan waran bagaimanapun menyusut kepada 1.11 bilion unit bernilai RM143.90 juta berbanding 1.19 bilion unit bernilai RM132.88 juta minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017

Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu depan dengan paras halangan seterusnya pada 1,800 mata berikutan pemulihan harga minyak mentah dan minyak sawit mentah (MSM). - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.