KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bertentangan dengan trend serantau untuk mengakhiri minggu ini rendah, dengan indeks utama merosot 0.02 peratus, didorong oleh jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh Petronas Gas Bhd dan Public Bank Bhd.
Petronas Gas merosot 56 sen kepada RM16.80 dan Public Bank berkurangan lima sen kepada RM4.52. Kedua-dua saham menyumbang gabungan 3.596 mata kepada penurunan indeks komposit.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.29 mata kepada 1,549.12, merupakan paras terendah harian, daripada 1,549.41 pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka tinggi 2.97 mata kepada 1,552.38, kekal dalam julat positif untuk sebahagian besar hari dan mencecah paras tertinggi harian pada 1,558.51 pada sesi pagi sebelum memberi laluan kepada tekanan jualan dalam dagangan lewat.
Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 593 berbanding 318 manakala 417 kaunter tidak berubah, 953 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.39 bilion unit bernilai RM1.99 bilion daripada 2.69 bilion unit bernilai RM2.23 bilion pada Khamis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup mendatar berikutan pelabur mengambil keuntungan pada minit akhir dagangan.
"Indeks serantau utama diniagakan tinggi walaupun petunjuk negatif daripada Wall Street semalaman berikutan People's Bank of China memilih untuk berpegang kepada dasar monetari berhemat dengan mengurangkan kadar faedah utama.
"Di peringkat domestik, kami optimis secara berhati-hati walaupun terdapat peningkatan dalam sentimen pasaran serantau," katanya kepada Bernama.
Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 1.65 peratus kepada 3,243.47, Nikkei 225 Jepun meningkat 1.27 peratus kepada 26,739.03, Hang Seng Hong Kong melonjak 2.96 peratus kepada 20,717.24, Kospi Korea Selatan menambah 1.81 peratus kepada 2,639.29 manakala Indeks Komposit SSE China naik 1.60 peratus kepada 3,146.57.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB, masing-masing merosot dua sen kepada RM8.96 dan RM5.02 manakala Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing berkurangan lima sen kepada RM4.52 dan RM6.53 serta Petronas Chemicals turun tiga sen kepada RM9.99.
Daripada saham aktif, Serba Dinamik merosot satu sen kepada 13.5 sen, MNC Wireless susut setengah sen kepada dua sen manakala KNM naik 2.5 sen kepada 20 sen, Sapura Energy menokok setengah sen kepada tujuh sen dan Techna-X tidak berubah pada 5.5 sen.
Dalam kalangan kaunter paling untung, Hong Leong Financial naik 40 sen kepada RM19.50, Kobay Technology menambah 31 sen kepada RM3.51, Sam Engineering meningkat 25 sen kepada RM4.40, Sarawak Oil Palms meningkat 22 sen kepada RM5.94 dan Transocean naik 21 sen kepada RM2.60.
Daripada kaunter paling rugi, Nestle merosot 80 sen kepada RM133.60, Khind berkurangan 35 sen kepada RM2.95, Quality Concrete susut 18 sen kepada RM1.02, Far East turun 15 sen kepada RM3.55 dan Subur Tiasa merosot 12 sen kepada RM1.71.
Di papan indeks, FBM ACE naik 54.92 mata kepada 5,343.09, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 58.55 mata kepada 11,529.27, Indeks FBM Emas menambah 25.10 mata kepada 11,071.37, Indeks FBMT 100 menokok 13.74 mata kepada 10,735.07 dan FBM 70 naik 81.15 mata kepada 13,177.02.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 2.28 mata kepada 199.37, Indeks Perladangan meningkat 20.47 mata kepada 8,257.80, bagaimanapun, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 32.01 mata kepada 16,561.70.
Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.67 bilion saham bernilai RM1.80 bilion daripada 1.89 bilion saham bernilai RM2.05 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 353.44 juta unit bernilai RM75.96 juta daripada 383.38 juta unit bernilai RM75.23 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 369.93 juta saham bernilai RM108.32 juta daripada 418.24 juta saham bernilai RM105.40 juta sebelum ini.
Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 191.64 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (312.97 juta), pembinaan (48.45 juta), teknologi (144.87 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (62.44 juta), hartanah (124.42 juta), perladangan (76.36 juta), REIT (13.54 juta), dana tertutup (4,200), tenaga (553.20 juta), penjagaan kesihatan (50.74 juta), telekomunikasi dan media (30.58 juta), pengangkutan dan logistik (30.35 juta) dan utiliti (30.12 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup mendatar berikutan pelabur mengambil keuntungan pada minit akhir dagangan. - Gambar fail/ Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.

Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.

Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.

Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.

Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.

Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.