KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada sesi awal dagangan Jumaat susulan tindakan berhati-hati pelabur selepas Wall Street susut dalam senario sentimen yang kekal lemah akibat kebimbangan berkaitan had siling hutang Amerika Syarikat (AS) dan kestabilan industri perbankan.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.72 mata kepada 1,428.90 daripada 1,428.90 pada akhir dagangan Khamis.
Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 146 berbanding 112 manakala 238 kaunter tidak berubah; 1,765 tidak diniagakan dan 32 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 207.34 juta unit bernilai RM90.55 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur di Wall Street kini mengalihkan minat terhadap saham-saham teknologi berikutan jangkaan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedah sehingga bulan depan.
"Pada masa ini, pasaran Nasdaq lebih kukuh berbanding pergerakan Indeks Dow Jones.
"Di peringkat tempatan, pelabur berkemungkinan sudah mula meletakkan kedudukan masing-masing dalam saham-saham yang kukuh sebelum bermulanya musim pelaporan pendapatan," katanya.
Ia turut menyifatkan sektor teknologi berkemungkinan menyaksikan pemulihan susulan momentum di Nasdaq.
Dalam pada itu, aktiviti pengambilan untung berkemungkinan dijangkakan terus berlaku dalam sektor teknologi manakala pelabur diunjur memilih kaunter emas berikutan harganya yang kukuh ketika ini.
Dari segi komoditi, firma pembrokeran itu menyifatkan miyak mentah Brent susut di bawah paras US$75 setong manakala minyak sawit mentah (MSM) melebihi RM3,600 satu tan.
Saham wajaran tinggi menyaksikan hts, Maybank naik satu sen kepada RM8.75; Petronas Chemicals untung enam sen kepada RM7.22; CIMB meraih dua sen kepada RM4.97 dan Tenaga Nasional melonjak 11 sen pada RM9.20 dan Public Bank tidak berubah pada RM4.01.
Bagi saham aktif, Zen Tech, Vinvest and Widad mendatar pada 2.0 sen, 19.5 sen dan 42.5 sen manakala Dagang Nexchange susut 1.0 sen to 45 sen dan Salutica naik 7.5 sen kepada 95.5 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 12.68 mata kepada 10,443.61; Indeks FBMT 100 menokok 13.14 mata kepada 10,140.66 manakala Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 19.63 mata kepada 10,788.18.
Selain itu, Indeks FBM ACE menambah 1.19 mata kepada 5,027.39 namun Indeks FBM 70 susut 37.59 mata kepada 13,472.36.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.01 mata kepada 168.48; Indeks Tenaga berkurangan 4.53 mata kepada 827.28; Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 15.10 mata kepada 15,603.32 dan Indeks Perladangan menokok 10.43 mata kepada 6,924.74.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.72 mata kepada 1,428.90 daripada 1,428.90 pada akhir dagangan Khamis. -Gambar fail/Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.