KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat ketika mengakhiri sesi dagangan awal Selasa, seiring dengan prestasi memberangsangkan pasaran serantau menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) minggu ini yang bakal memberi petunjuk mengenai kadar faedah negara maju itu.
Pada rehat tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 6.20 mata kepada 1,450.26 daripada 1,444.06 pada akhir dagangan semalam.
Indeks utama itu yang dibuka susut 0.59 mata pada 1,443.47, turut bergerak dalam jajaran 1,441.52 hingga 1,454.54 sepanjang sesi dagangan.
Namun, sentimen pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 471 berbanding 412 manakala 394 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,102 tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung dagangannya.
Sementara itu, Public Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya berkata FBM KLCI dijangka menyaksikan dagangan lebih meningkat pada hari ini ketika pedagang meneliti langkah rangsangan Beijing selain menunggu data inflasi dan pekerjaan AS.
Hong Leong Investment Bank Bhd pula mengunjurkan dagangan FBM KLCI berkemungkinan dalam julat kecil ekoran sikap pelabur yang lebih berhati-hati dalam menghadapi tekanan luaran serta ketika kemuncak musim pelaporan prestasi syarikat tempatan, dengan sokongan utama menghampiri zon paras 1,440.
"Sebarang kegagalan untuk bertahan di paras ini akan hanya menjurus kepada penurunan seterusnya pada 1,420 dan 1,400," katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung enam sen kepada RM9.06; Public Bank naik dua sen kepada RM4.10; CIMB dan Petronas Chemicals meraih tiga sen kepada RM5.63 dan RM7.03 manakala Tenaga Nasional menambah satu sen kepada RM9.91.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 43.73 mata kepada 10,725.25; Indeks FBMT 100 menokok 44.94 mata kepada 10,401.05; Indeks FBM Emas Syariah menambah 18.22 mata kepada 10,936.26; Indeks FBM 70 melonjak 63.83 mata kepada 14,272.70 dan Indeks FBM ACE meningkat 6.19 mata kepada 5,244.66.
Bagi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.50 mata kepada 171.40; Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 87.48 mata kepada 16,278.97; Indeks Tenaga susut 2.92 mata kepada 833.85 dan Indeks Perladangan berkurangan 5.69 mata kepada 6,943.39.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Pada rehat tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 6.20 mata kepada 1,450.26 daripada 1,444.06 pada akhir dagangan semalam. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.