KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan sentimen positif seiring dengan prestasi yang memberangsangkan di seluruh rantau ini dengan pembelian terutama dalam saham telekomunikasi.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.33 peratus atau 5.15 mata kepada paras tertinggi harian pada 1,590.09 daripada 1,584.94 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras yang dibuka 1.41 mata lebih rendah kepada 1,583.53, berkurangan kepada mata terendah 1,581.52 pada awal dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 673 berbanding 411, dengan 488 kaunter tidak berubah, 841 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan menambah kepada 4.30 bilion unit bernilai RM3.08 bilion daripada 4.23 bilion unit bernilai RM3.13 bilion semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama berakhir lebih tinggi semasa belian pada harga rendah.

Pada masa sama, keyakinan pelabur terus disokong dengan pandangan bahawa data inflasi Amerika Syarikat yang mereda mungkin mendorong Rizab Persekutuan (Fed) untuk menurunkan kadar tahun ini.

"Di bursa tempatan, FBM KLCI meneruskan penurunan semula minggu ini tetapi mengalami lantunan kecil hari ini.

"Walaupun terdapat peningkatan ini, kami menjangkakan FBM KLCI mungkin mengalami konsolidasi selanjutnya dan mewujudkan asas dalam jangka pendek hingga pertengahan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan telekomunikasi mendahului dagangan hari ini.

Beliau berkata walaupun petunjuk pasaran ditutup lebih tinggi hari ini, keseluruhan sentimen pasaran kekal lemah memandangkan pelabur menunggu petunjuk baharu.

"Peniaga akan melihat data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS, yang dijangka dikeluarkan lewat malam ini, untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hala tuju Fed pada masa depan," katanya.

Di dalam negara, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia Maybank tidak berubah pada RM9.96,Tenaga Nasional turun 16 sen kepada RM13.78,CIMB naik tiga sen kepada RM6.80, dan Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing menambah dua sen kepada RM4.02 dan RM6.30.

Bagi kaunter paling aktif, Borneo Oil naik setengah sen kepada satu sen, Nova MSC menambah dua sen kepada 21.5 sen, MY E.G. menokok lima sen kepada RM1.02, dan Ingenieur Gudang susut satu sen kepada lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 55.56 mata kepada 12,216.40, Indeks FBMT 100 memperoleh 50.52 mata kepada 11,798.06, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 56.46 mata kepada 12,552.70, Indeks FBM 70 melonjak 121.74 mata kepada 17,841.89, dan Indeks ACE FBM meraih 84.30 mata kepada 5,773.28.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 34.41 mata kepada 17,454.73,Indeks Tenaga meningkat 5.80 mata kepada 955.42, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.6 mata kepada 195.85, dan Indeks Perladangan meningkat 31.90 mata kepada 6,982.72.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 2.37 bilion unit bernilai RM2.69 bilion daripada 2.36 bilion unit bernilai RM2.74 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.09 bilion unit bernilai RM135.71 juta berbanding 1.05 bilion unit bernilai RM124.38 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 841.89 juta saham bernilai RM256.32 juta berbanding 816.94 juta saham bernilai RM273.74 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 308.15 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (769.33 juta), pembinaan (243.7 juta);teknologi (290.46 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (90.32 juta); hartanah (279.96 juta), perladangan (22.84 juta),REIT (13.22 juta), dana tertutup (6,600), tenaga (140.52 juta); penjagaan kesihatan (37.75 juta); telekomunikasi dan media (60.06 juta); pengangkutan dan logistik (42.62 juta); utiliti (72 juta); dan amanah perniagaan (603,600).

-- BERNAMA