Perdana Menteri menasihatkan komuniti serta pemegang saham Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) membuat keputusan rasional berkaitan pembelian PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia.
Datuk Seri Najib Razak berkata rancangan itu adalah bagi masa depan Felda dan komunitinya melalui strategi melangkaui sempadan negara.
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) FGV Ogos ini akan menentukan kelulusan pengambilalihan tersebut.
Najib berkata sebagai menunaikan tanggungjawabnya, FGV telah membentangkan segala butiran dengan jelas tentang rancangan kerjasama tersebut.
"Akhirnya terpulang kepada pemilik saham untuk membuat keputusan... tapi fikirlah secara waras dan rasional.
"Jangan terbawa-bawa dengan hasutan mana-mana pihak sehingga yang baik jadi tak baik, yang hak menjadi batil," katanya ketika berucap pada majlis Salam Perantauan Warga Felda di sini hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengingatkan bahawa kesilapan dalam membuat keputusan akan menyebabkan peluang keemasan yang sukar diperoleh terlepas dan mungkin tidak akan didapati lagi pada masa akan datang.
"Jangan biarkan apa yang kita bina selama ini musnah kerana tak buat apa yang patut untuk pertahankan. Marilah kita pertahankan kejayaan Felda demi anak cucu kita," katanya.
Menjelas lanjut Najib berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci rancangan kerjasama antara FGV dengan EHP itu dan mahu satu formula yang menguntungkan kedua-dua pihak diwujudkan.
"Saya yakin dan percaya kalau dapat satu formula yang menguntungkan, maka FGV dan masyarakat Felda boleh mengaut keuntungan yang besar.
"Harga yang kita tentukan kalau setuju, boleh kita pertahankan," katanya.
Perdana Menteri berkata untuk terus mengubah kualiti hidup masyarakat Felda, pasaran yang menjangkaui sempadan negara amat perlu, termasuk kawasan ladang yang besar selain tanah yang subur.
"Kita ada kekuatan dan kekurangan, maka kekurangan FGV ditampung melalui usaha sama dengan EHP ini," katanya.
Pada Jun lepas, FGV mengumumkan ia telah memeterai perjanjian induk dengan Rajawali Group untuk membeli kepentingan dalam EHP pada harga US$680 juta dalam bentuk tunai dan saham.
Ini akan menyaksikan Rajawali Group memiliki 2.6 peratus asas saham FGV yang diperbesarkan.
FGV juga akan mengambil alih antara 93 dan 95 peratus kepentingan dalam projek gula Rajawali Group dengan nilai AS$67 juta.
Kepentingan dalam EHP dan projek gula Rajawali Group akan dipegang oleh FGV Kalimantan Sdn Bhd, sebuah unit FGV.
Bernama
Thu Aug 06 2015
NAJIB: Rancangan itu adalah bagi masa depan Felda dan komunitinya melalui strategi melangkaui sempadan negara.
Kelantan jangka bentang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tahun depan
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam persidangan DUN 2025.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
Dakwaan besar, cabar kuasa punca Presiden FABD dipecat Sultan Brunei?
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam, Feisal Eusoff Patail, dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Hsien Loong lepas jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong, berundur daripada jawatan tertinggi parti politik terbabit, pada Ahad.
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee bakal membuka lembaran baru di negara jiran, Indonesia, selepas hampir tiga musim bersama Sabah selaku ketua jurulatih.
Dasar Kanak-Kanak Negara baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) hari ini melancarkan Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu sebagai salah satu langkah memperkukuhkan usaha menjaga kebajikan kumpulan berkenaan.
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional dijangka siap pada 2028 - KP Imigresen
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka siap sepenuhnya pada 2028.
[TERKINI] Penjawat awam Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan negeri Kedah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam di negeri itu sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan sumbangan mereka.
Polis tembak polis kerana pengusaha lombong haram
Insiden polis menembak rakan setugas berlaku lagi di Indonesia, kali ini terjadi di balai polis Solok Selatan, Sumatera Barat.
Jurang antara generasi perlu difahami oleh ibubapa dan anak-anak
"Generation gap" perlu difahami oleh ibubapa dan anak-anak untuk memastikan institusi yang kekal utuh, tegas Dr. Wan Azizah tentang hubungan keluarga. Beliau menegaskan bahawa anak-anak perlu dilindungi dari sebarang bentuk penderaan, pengabaian atau penganiayaan.
#AWANInews
#AWANInews
Felda dakwa ditipu Najib Razak
Dr Othman dakwa Najib telah mengarahkan agensi itu membuat transaksi pada 2015 untuk membeli 37 peratus saham EHP.
Pembelian oleh Felda akan wujudkan kerjasama, jualan bersilang FGV, EHP
Dengan pembelian 37 peratus pegangan dalam PT EHP Indonesia, FELDA kini mempunyai dua cabang perladangan, iaitu FGV dan EHP bagi memaksimumkan pulangan pelaburannya.
Buat keputusan rasional dalam pembelian EHP oleh FGV
Datuk Seri Najib menasihati pemegang saham FGV membuat keputusan rasional berkaitan pembelian PT Eagle High Plantation di Indonesia.