SEPANG: Ia seperti sudah jatuh ditimpa tangga bagi syarikat katering dalam penerbangan Brahim's Holdings Bhd (BHB) yang telah dinyah senarai baru-baru ini dan bakal pula kehilangan kontrak selama 25 tahun dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB).
Syarikat PN17 itu telah dinyah senarai pada 3 Jun, 2023, selepas Bursa Malaysia menolak rayuan untuk lanjutan masa bagi menyerahkan pelan regularisasinya.
"Risiko sentiasa ada," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mohd Fadhli Abdul Rahman, sambil mengakui perkhidmatan katering dalam penerbangannya, Brahim's Airline Catering Sdn Bhd (BAC) sangat bergantung kepada MAB, yang menyumbang 50 peratus daripada hasilnya.
Selebihnya adalah daripada 35 syarikat penerbangan asing dan BHB mengintai empat lagi, katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Dilaporkan bahawa syarikat induk MAB, Malaysia Aviation Group (MAG) dan BAC tidak bersetuju dengan terma apabila mahu memperbaharui kontrak.
PN17, COVID-19 dan kekal berdaya maju
BHB diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 pada 2019 dan usaha pemulihannya dijejaskan oleh pandemik COVID-19.
Nota Amalan 17 (PN17) diberikan kepada syarikat yang mengalami masalah kewangan.
Kapasiti katering BAC ialah 60,000 hidangan. Ia menghasilkan purata 55,000 hidangan sehari sebelum dilanda pandemik.
Ini merosot kepada 218 hidangan sehari semasa pandemik walaupun telah meningkat semula kepada 32,000 hidangan sehari pada hari ini, kata Fadhli.
MAB menyumbangkan hasil bulanan sebanyak kira-kira RM12 juta dari 2003 sehingga hari sebelum COVID-19 dengan pelarasan harga minimum berbanding RM8 juta pada hari ini, jumlah yang akan hilang sekiranya MAG menamatkan kontrak pada 30 Jun, 2023.
Kombinasi katerer asing menyumbang RM6 juta sebulan, katanya.
Rancangan sedia ada untuk berunding dengan vendor dan pihak pengurusan akan kembali semula ke rancangan asal mengenai perbelanjaan bukan nilai tambah lain, katanya.
"Kami juga sedang meninjau untuk meneroka perniagaan lain seperti pasaran runcit dan komersial bagi memastikan perniagaan kekal mampan," kata Fadhli.
Adakah MAB akan melupuskan 30 peratus kepentingannya?
Adalah sangat jelas, perpisahan dengan MAB bukanlah keputusan yang diingini BHB, kata Fadhli.
"Ini bukan hasil yang saya inginkan pada mulanya. Jika boleh, kami mahu terus membekalkan katering kepada MAB," katanya.
Pada masa yang sama, BHB tidak dapat menyambung kontrak jangka pendek antara dua dan enam bulan yang menjejaskan operasi dan hasil BAC, katanya.
MAB masih memiliki 30 peratus kepentingan dalam perkhidmatan katering syarikat itu.
Bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023, BHB mengecilkan kerugian bersihnya kepada RM4.84 juta daripada RM6.92 juta. Hasil bagaimanapun meningkat kepada RM16.19 juta daripada RM7.14 juta. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023

Syarikat katering dalam penerbangan Brahim's Holdings Bhd yang telah dinyah senarai baru-baru ini dan bakal pula kehilangan kontrak selama 25 tahun dengan Malaysia Airlines Bhd.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

Brahim's yang dinyah senarai masih beri khidmat katering untuk 35 syarikat penerbangan asing
Syarikat PN17 itu dinyah senarai selepas Bursa Malaysia menolak rayuan untuk lanjutan masa bagi menyerahkan pelan regularisasinya.

Dewina beroperasi seperti biasa di sebalik penyahsenaraian Brahim's Holdings
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brahim's Datuk Seri Ibrahim Ahmad penyahsenaraian tersebut dijangka tidak akan memberi kesan yang ketara ke atas kumpulan Dewina.

Brahim's dijangka catat pemulihan kukuh pada tahun kewangan 2016
Penyedia makanan penerbangan, Brahim's Holdings Bhd menjangka dapat mencatat pemulihan kukuh tahun ini selepas mengalami kerugian besar dalam suku ketiga berakhir 30 Sept 2015.