Aplikasi temu janji perubatan BookDoc kini diperluaskan ke 4 negara di rantau Asia.
Ia selepas mendapat tarikan lebih 30,000 pengguna yang memuat turun aplikasi tersebut sejak pertama kali dilancarkan kurang daripada enam bulan yang lalu.
BookDoc kini boleh diguna pakai di 17 bandar utama di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan terbaru, Thailand.
Sejajar dengan peningkatan dalam sektor pelancongan perubatan di Malaysia, BookDoc kini boleh diakses melalui laman webnya selain aplikasi mudah alih iOS dan Android.
Pengasasnya Datuk Chevy Beh turut membayangkan BookDoc akan mengumumkan lebih banyak rakan kerjasama baru.
"Kami mempunyai banyak senarai dalam perancangan yang belum diumumkan. Salah satu daripadanya adalah Pusat Perubatan Tropicana, Kumpulan KPJ dan Kumpulan Pantai.
"Baru-baru ini kami telah menandatangani persefahaman dengan Persekutuan Perubatan Asli kerana ramai di luar sana bukan sahaja mencari doktor atau pakar. Tetapi mereka juga mencari profesional lain seperti kiropraktor dan jurufisio," katanya sambil menambah bahawa sudah tiba masanya untuk memberi fokus di pasaran antarabangsa.
BookDoc secara rasminya dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang diwakili Ketua Setiausahanya Tan Sri Dr Ong Hong Peng.
Hong Peng yang membaca ucapan bagi pihak Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata BookDoc mempunyai aspirasi yang sama dengan kerajaan iaitu menjadikan Malaysia sebagai destinasi nombor satu untuk penjagaan kesihatan di Asia menjelang 2020.
"BookDoc memudahkan lebih banyak pelancongan perubatan ke Malaysia, yang mana pada 2015 mencatatkan 850,000 pelancong perubatan, mengaut pendapatan sebanyak RM1 bilion," kata Hong Peng.
Bergerak ke hadapan, BookDoc akan bekerjasama dengan lebih banyak rakan strategik seperti pengurusan hotel dan syarikat penerbangan untuk memperluaskan capaian kepada pengguna.
Bookdoc boleh dimuat turun secara percuma di GooglePlay Store dan AppStore serta boleh diakses melalui www.bookdoc.com
Malik Ridhwan
Fri Apr 08 2016
BookDoc kini boleh digunapakai di 17 bandar utama di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan terbaru, Thailand.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews