Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk membendung turun naik dalam pasaran pertukaran asing dan bank pusat itu menegaskan hari ini yang kadar mata wang tersebut dalam negara adalah harga rujukan yang betul.
Penolong Gabenor, Adnan Zaylani berkata, bank itu telah memaklumkan bank berlesen tempatan supaya tidak memudahkan sebarang kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) bagi ringgit atau kadar luar pesisir kerana ia dianggap tidak rasmi.
"Pasaran NDF telah meningkatkan kadar dalam negara 5 hingga 6 sen lebih tinggi. Ia adalah situasi di mana kita tidak boleh bertolak-ansur dan kita sedang mengambil langkah-langkah serius bagi menanganinya," katanya.
Adnan, bagaimanapun, mengakui ia tugas yang sukar untuk menguruskan pasaran kerana Malaysia adalah pasaran terbuka dan bank pusat itu mempunyai dasar untuk mengekalkan ringgit sebagai mata wang tidak diniagakan di peringkat antarabangsa dan mengelak potensi spekulasi.
Beliau berkata, BNM hanya boleh cuba mengurangkan pengaruh pasaran NDF ke atas dagangan dalam negara tetapi ia tidak boleh 'membunuhnya' sepenuhnya kerana ia beroperasi di luar bidang kuasa bank tersebut.
Satu cara bank pusat itu boleh menangani situasi itu adalah dengan meningkatkan fleksibiliti pasaran dalam negara dengan menjadikannya lebih menarik.
"Jadikannya pasaran pilihan untuk penduduk dan bukan penduduk, malah menarik sebahagian penggiat pasaran NDF luar pesisir untuk datang ke dalam negara," katanya pada taklimat media di sini, hari ini.
Adnan menjelaskan mungkin terdapat pengurus dana dengan pemegangan yang besar di pasaran Malaysia tetapi lebih gemar untuk melindung nilai di luar pesisir.
"Oleh itu, ia adalah strategi masa depan untuk menampung permintaan pasaran pertukaran asing serta bon," katanya.
Ditanya sama ada terdapat pelan spontan yang dilaksana BNM berikutan turun naik ketika ini, Adnan berkata, terdapat beberapa inisiatif dirancang untuk 2017 dan berikutan senario ketika ini, bank pusat itu mungkin mempercepatkannya.
Beliau juga berkata, bank itu boleh mengambil tindakan punitif ke atas bank asing atau tempatan yang berdaftar di
Malaysia jika mereka memudahkan transaksi NDF.
"Kami boleh mengambil (tindakan punitif) kerana mereka melanggar Pentadbiran Peraturan Pertukaran Asing (FEA).
"Malah kami boleh mengambil tindakan berdasarkan undang-undang jenayah atau pentadbiran (ke atas mereka)," tambah beliau. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 16 2016
BNM telah memaklumkan bank berlesen tempatan supaya tidak memudahkan sebarang kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) bagi ringgit atau kadar luar pesisir. - Foto Reuters
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Pemain pasaran perlu main peranan untuk menstabilkan ringgit - BNM
Pemain dan peserta pasaran perlu mengelak daripada menyumbang kepada tekanan menurun ke atas ringgit.
BNM bertindak tangani turun naik dalam pasaran pertukaran asing
Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk membendung turun naik dalam pasaran pertukaran asing dan bank pusat itu menegaskan hari ini yang kadar mata wang tersebut dalam neg