MOSCOW: Harga bitcoin menurun sebanyak 5.5 peratus pada Jumaat, jatuh di bawah US$80,000 buat kali pertama sejak November 2024, menurut data perdagangan.


Ringkasan AI
  • Harga bitcoin menurun sebanyak 5.5 peratus pada Jumaat, jatuh di bawah US$80,000 buat kali pertama sejak November 2024, dengan harga di Binance merosot kepada US$79,823 dan di Bitmex kepada US$79,350 sebelum meningkat sedikit melebihi US$80,000.
  • Harga bitcoin mula meningkat selepas kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada awal November 2024, melonjak 62 peratus kepada paras tertinggi sepanjang masa melebihi US$109,000 pada akhir Januari 2025 daripada sekitar US$67,000.
  • Pada masa ini, harga bitcoin adalah sekitar US$79,224.39.


Di satu daripada bursa mata wang kripto terbesar mengikut jumlah dagangan, Binance, harga bitcoin merosot kepada US$79,823, di bawah paras US$80,000 buat julung kali sejak 10 November 2024, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Di Bursa Kripto Bitmex, harga bitcoin merudum kepada US$79,350 sebelum meningkat sedikit melebihi US$80,000.

Harga bitcoin mula meningkat selepas kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada awal November 2024, melonjak 62 peratus kepada paras tertinggi sepanjang masa melebihi US$109,000 pada akhir Januari 2025 daripada sekitar US$67,000.