KUALA LUMPUR: Business Events Sarawak (BESarawak) hari ini melancarkan jilid pertama Jurnal Antarabangsa Acara Perniagaan dan Legasi (IJBEL), jurnal pertama di dunia yang menggabungkan acara perniagaan dan topik legasi serta yang pertama di Asia Tenggara mengenai semua acara perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak Amelia Roziman berkata terbitan pertama memberikan pandangan dan pengetahuan yang amat baik mengenai cara penggiat acara perniagaan global berkembang dan impak yang ditemui sehingga kini.
"Sebanyak 11 kertas kerja telah diterbitkan dan separuh daripadanya melaporkan mengenai usaha legasi dan kemampanan yang telah dimulakan.
"Separuh daripadanya telah berjaya untuk jurnal yang khusus untuk topik ini - kejayaan jilid pertama menunjukkan jurnal itu merupakan platform yang berkesan dan dipercayai untuk mendokumentasikan nilai sebenar acara perniagaan," katanya dalam kenyataan bersempena dengan 3rd Business Events Tribal Meet (TriBE Assembly) pada Jumaat.
Pada TriBE Assembly pada Jumaat, Sarawak mendedahkan bahawa destinasi itu akan cuba meraih 1,245 acara perniagaan menjelang 2030 dengan membangunkan lagi langkah-langkah yang akan memberi impak legasi dan kemampanan dalam sektor itu.
TriBE Assembly semalam mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak pelan strategik jangka panjang untuk membantu dalam mencapai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 kerajaan negeri dan menjadikan Sarawak sebagai destinasi utama untuk ekopelancongan dan acara perniagaan.
Cadangan itu menjadikan satu cadangan yang kukuh - bagi kerajaan mengukuhkan kerjasamanya dengan sektor itu untuk membangunkan dasar dan garis panduan yang praktikal dan beretika yang akan menerajui acara perniagaan pada masa depan untuk menjadi lebih berkesan dan mampan kepada destinasi tersebut.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi jaminan untuk memacu pembangunan komuniti, ekonomi dan alam sekitar yang positif daripada acara perniagaan dan mengetuai 300 perwakilan daripada TriBE Assembly sebagai duta acara perniagaan Sarawak.
"Berdasarkan acara perniagaan merupakan sebahagian daripada PCDS 2030, acara berteraskan kemampanan dan legasi akan menjadi acara penting untuk mencapai aspirasi kita untuk kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.
"Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak memberi jaminan bahawa impak legasi dan kemampanan akan disokong sepenuhnya dan akan menjadi elemen kepada sektor acara perniagaan kita," katanya.
Setakat ini, negeri itu telah melepasi sasarannya untuk mencapai 90 acara dengan 94 acara (pencapaian 104 peratus), dengan anggaran jumlah impak ekonomi sebanyak RM303 juta; RM165 juta daripada perbelanjaan perwakilan langsung, RM9.9 juta hasil cukai dan 23,755 pekerjaan untuk Sarawak.
Daripada 94 acara, 81 acara perniagaan telah dinilai dengan sejumlah 570 impak terhadap sektor tersebut, ekonomi, komuniti, alam sekitar dan tadbir urus politik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022
![BESarawak lancar IJBEL, jurnal pertama dunia mengenai industri acara perniagaan BESarawak lancar IJBEL, jurnal pertama dunia mengenai industri acara perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670032525_BESarawakIJBEL.jpg)
Acara 3rd Business Events Tribal Meet (TriBE Assembly) yang diadakan pada Jumaat. - Foto Facebook/Hiram Ting
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![BESarawak lepasi sasaran pulangan ekonomi, impak legasi tahun kewangan 2022 BESarawak lepasi sasaran pulangan ekonomi, impak legasi tahun kewangan 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688682094_BESARAWAK.jpg)
BESarawak lepasi sasaran pulangan ekonomi, impak legasi tahun kewangan 2022
Angka ini adalah 111 peratus dan 196 peratus melebihi sasaran acara dan pulangan ekonomi yang ditetapkan pada tahun berkenaan.
![Sarawak Pavilion akan membuat kemunculan di IMEX Frankfurt dari 23-25 Mei Sarawak Pavilion akan membuat kemunculan di IMEX Frankfurt dari 23-25 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683892379_TBSARAWAKPAVI.jpg)
Sarawak Pavilion akan membuat kemunculan di IMEX Frankfurt dari 23-25 Mei
Sarawak akan mengambil bahagian dalam pavilion sulungnya secara solo di pameran perdagangan global untuk acara perniagaan.
![Menjelang 2030: Sarawak sasar impak ekonomi keseluruhan bernilai RM2.2 bil bagi sektor acara perniagaan Menjelang 2030: Sarawak sasar impak ekonomi keseluruhan bernilai RM2.2 bil bagi sektor acara perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670910663_TBbessarawak.jpg)
Menjelang 2030: Sarawak sasar impak ekonomi keseluruhan bernilai RM2.2 bil bagi sektor acara perniagaan
Perkara itu dipacu oleh sasaran sebanyak 1,245 penganjuran acara perniagaan dalam tempoh tersebut yang mengambil kira terhadap elemen kesan legasi (legacy impact) dan kelestarian.
![BESarawak lancar IJBEL, jurnal pertama dunia mengenai industri acara perniagaan BESarawak lancar IJBEL, jurnal pertama dunia mengenai industri acara perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670032525_BESarawakIJBEL.jpg)
BESarawak lancar IJBEL, jurnal pertama dunia mengenai industri acara perniagaan
Sebanyak 11 kertas kerja telah diterbitkan dan separuh daripadanya melaporkan mengenai usaha legasi dan kemampanan yang telah dimulakan.