Sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Tesco Malaysia mengajak seluruh pelanggannya untuk merasai pengalaman berbeza ketika berbelanja di gedung mereka menerusi kempen Magic of Ong 2018.
Bukan setakat potongan harga hebat pada produk-produk berkualiti, malah pelanggan turut akan ditawarkan dengan pelbagai habuan juga hiburan semasa membeli-belah!
“Ada peraduan dan pertandingan, kita juga ada ahli silap mata yang akan berlegar di dalam gedung, berinteraksi dengan pelanggan.
“Jadi ia bukan sekadar datang dan membuat pembelian, ia lebih kepada sedikit keseronokan pada ketika pelanggan mengetahui harga barangan yang semestinya hebat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Ritchie.
Beliau mengiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang hadir ke Tesco Kepong Village Mall di sini hari bagi melancarkan kempen tersebut.
Pada majlis sama, Hamzah turut merasmikan Program Pengumpulan Makanan Perayaan bagi membolehkan pelanggan menyumbangkan barang makanan kepada golongan yang memerlukan.
“Untuk komuniti, kami sedar bahawa ada insan yang tidak cukup makanan, termasuk mereka yang tidak berumah dan bergelandangan.
“Ini merupakan tahun kedua kami mengajak pelanggan mendermakan makanan sebagai membantu mereka yang berdepan dengan keadaan begitu, di mana di hadapan gedung ada tempat khas untuk mereka beli dan letak makanan sumbangan masing-masing yang kemudiannya akan diserahkan kepada rakan-rakan persatuan-persatuan kebajikan,” maklum Paul lagi.
Program yang dijayakan dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation itu akan berlangsung sebulan bermula 15 Januari hingga 15 Februari ini di kesemua 57 gedung Tesco seluruh negara.
Selain itu, Tesco turut akan menganjurkan lima acara ‘Street Reunion Dinners’ untuk menjamu 800 warga emas kurang bernasib baik di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bersama Kechara Soup Kitchen dan PitStop community Cafe.
Sepanjang kempen ini, pelanggan turut berpeluang memenangi baucar bernilai sehingga setengah juta Ringgit Malaysia dengan setiap pembelian RM100 dan ke atas dalam satu resit menerusi peraduan atas talian yang boleh disertai di www.tesco.com/ongmali.
228 pemenang akan menerima baucer bernilai RM2,000 berdasarkan cabutan undi yang akan dibuat setiap minggu dari 15 Januari hingga 4 Februari.
Malah, 11 pelanggan berdaftar bertuah berpeluang memenangi baucer tambahan bernilai RM4,000 sekiranya kod pendaftaran mereka dipilih pada ‘Hari Bertuah’!
Israr Khalid
Mon Jan 15 2018
![Berseronok sambil berbelanja di Tesco sempena Tahun Baru Cina! Berseronok sambil berbelanja di Tesco sempena Tahun Baru Cina!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41516005313_TESCO.jpg)
Menteri PDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan CEO Tesco Malaysia, Paul Ritchie bersama warga emas menggaul Yee Sang pada majlis pelancaran kempen Magic of Ong 2018. - Foto BERNAMA
![Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738834308_MohamadHasan.jpg)
Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.
![ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824440_MohamadHasan.jpg)
ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.
Kilang peluru automasi tinggi buatan tempatan beroperasi Mac ini
Sultan Pahang, AL-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan kilang peluru automasi tinggi pertama dalam negara milik Ketech Asia Sdn. Bhd., yang terletak di Kuala Lipis, Pahang, pada Khamis.
Harga emas terus meningkat
Harga emas meneruskan rekod kenaikan apabila pelabur terus mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi.
Inflasi perubatan naik punca tuntutan insurans kesihatan naik
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat
Risiko eksport semikonduktor ke AS minimum - Tengku Zafrul
Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata risiko negatif terhadap eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat adalah pada tahap minimum.
![Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738835598_Tangkapan.jpg)
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.
Kemunculan AI bahari jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
KPM kerjasama dengan KKM, PDRM bendung trend vape pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius isu peningkatan trend penggunaan rokok elektronik atau vape melibatkan 20,000 pelajar sekolah tahun lalu.
Satu sesi persekolahan di seluruh negara menjelang 2030
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi persekolahan menjelang 2030.
![Bayaran insentif BIMLTK diperluas kepada PDRM, Imigresen, RELA, JPN Bayaran insentif BIMLTK diperluas kepada PDRM, Imigresen, RELA, JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81592546532_HAMZAHZAINUDDIN.jpg)
Bayaran insentif BIMLTK diperluas kepada PDRM, Imigresen, RELA, JPN
Bayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan dilanjutkan kepada empat jabatan serta agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri berkuat kuasa 1 Jun ini.
![Berseronok sambil berbelanja di Tesco sempena Tahun Baru Cina! Berseronok sambil berbelanja di Tesco sempena Tahun Baru Cina!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41516005313_TESCO.jpg)
Berseronok sambil berbelanja di Tesco sempena Tahun Baru Cina!
Selain harga hebat, pelbagai tawaran menanti pelanggan Tesco termasuk dihiburkan ahli silap mata semasa berbelanja!
![KR1M 2.0 sasar 100 produk SKU KR1M 2.0 sasar 100 produk SKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442225079_krimkedai.jpg)
KR1M 2.0 sasar 100 produk SKU
Sekurang-kurangnya 100 unit simpanan stok (SKU) termasuk produk berjenama akan dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0.
![UUM anjur Ekspo Keusahawanan Pelajar UUM anjur Ekspo Keusahawanan Pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51508746193_Pelajarberniaga.jpg)
UUM anjur Ekspo Keusahawanan Pelajar
Ekspo Keusahawanan Pelajar dan Perusahaan Kecil Sederhana berlangsung di pekarangan Varsity Mall, UUM bermula hari ini meraikan kemahiran berniaga dalam kalangan mahasiswa.
![Lesen 34 syarikat jualan langsung dibatalkan - Hamzah Lesen 34 syarikat jualan langsung dibatalkan - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478592331_HamzahZainuddin.jpg)
Lesen 34 syarikat jualan langsung dibatalkan - Hamzah
Lesen 34 syarikat jualan langsung dan skim piramid (MLM) telah dibatalkan setakat ini kerana menyalahi peruntukan undang-undang.
![Koperasi Kredit perlu bergabung - Hamzah Koperasi Kredit perlu bergabung - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485185309_KPDNKK.jpg)
Koperasi Kredit perlu bergabung - Hamzah
Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa koperasi kredit kecil atau sederhana di seluruh negara bergabung.
![RON 100 pertama di Malaysia Blaze 100 Euro 4M dilancarkan RON 100 pertama di Malaysia Blaze 100 Euro 4M dilancarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51452838631_PetronRONHundred.jpg)
RON 100 pertama di Malaysia "Blaze 100 Euro 4M" dilancarkan
Petron menerajui teknologi bahan api dan inovasi dengan pelancaran Blaze 100 Euro 4M - satu-satunya minyak premium RON 100 di pasaran Malaysia.