Kerajaan Persekutuan bersetuju menghapuskan hutang lapuk kerajaan negeri Johor sejumlah RM189 juta.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, ketika pembentangan Belanjawan Johor 2019 di Dewan Undangan Negeri Johor, di sini hari ini.
Jumlah tersebut merupakan kira-kira 57 peratus daripada jumlah hutang kerajaan negeri Johor dengan Kerajaan Persekutuan.
“Dengan sokongan jitu dari barisan kepimpinan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri Johor, barisan anggota Perkhidmatan Awam Johor, disertai dengan sokongan padu menerusi muafakat Bangsa Johor, dengan ini saya mengisytiharkan kerajaan persekutuan bersetuju untuk melupuskan hutang lapuk kerajaan negeri sebanyak RM189 juta,” katanya.
Osman turut berkata, kerajaan negeri kini dalam proses meminta Kerajaan Persekutuan melupuskan baki hutang yang selebihnya.
“Persetujuan penyelesaian ke atas jumlah baki hutang sebanyak RM145 juta ini pula, telah pun diusahakan dan pada peringkat akhir rundingan untuk dilupuskan oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
“Insya-Allah, barisan kepimpinan kerajaan negeri beriltizam untuk menjadikan negeri kita bebas hutang mulai tahun-tahun berikutnya,” tambahnya lagi.
Kerajaan negeri Johor mempunyai jumlah hutang sebanyak RM334 juta dengan Kerajaan Persekutuan.
Luqman Hariz
Thu Nov 29 2018
Pejabat Perdana Menteri Johor. - Gambar hiasan
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Belanjawan Johor 2019: Kerajaan setuju hapuskan 57 peratus hutang negeri Johor
Menurut Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, kerajaan negeri juga kini dalam proses meminta kerajaan persekutuan melupuskan baki hutang yang selebihnya.