Mengumumkan perkara itu dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan khas tersebut diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
"Bantuan khas ini diberikan juga kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak Rm250. Ini disalurkan pada Februari.
"Pada Disember ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan dan Februari ada bonus, Alhamdulillah," katanya di Dewan Rakyat.
Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata selaras dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).