KUALA LUMPUR: BDB Land Sdn Bhd, anak syarikat Bina Darulaman Bhd (BDB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd bagi bekerjasama membangunkan sektor ekopelancongan di Langkawi.
Pada majlis MoU itu, BDB Land diwakili Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman manakala Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd diwakili Presiden Enfiniti Group of Companies, Puan Sri Tiara Jacquelina.
Raja Shahreen berkata, kedua-dua pihak merancang untuk menjalinkan usaha sama bagi membangunkan ‘forest chalet’ atau pembangunan berkonsepkan ekopelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi.
"Cadangan pembangunan itu adalah di kawasan seluas 4.04 hektar di Darulaman Sanctuary yang mana BDB Land akan menjalankan kajian pelan ukuran terperinci di kawasan yang akan dikenal pasti untuk dibangunkan, manakala Enfiniti Escapes akan memfokuskan konsep keseluruhan serta reka bentuk pembangunan berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak BDB Land.
"Bagi memastikan pembangunan tersebut sejajar dengan matlamat pemuliharaan dan kemampanan alam sekitar, BDB Land akan bekerjasama dengan FRIM Incorporated Sdn Bhd bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani MoU itu di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Enspire Ventures, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi; Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Datuk Isahak Murat.
Dalam pada itu, Raja Shahreen berkata, kerjasama itu merupakan satu lagi usaha berterusan yang akan dilaksanakan BDB menerusi BDB Land bagi mewujudkan tarikan baharu di Langkawi yang mana secara tidak langsung dapat membantu kerajaan negeri membangunkan lagi pulau peranginan berkenaan.
"Dengan kerjasama terbaharu ini, diharap ia bakal melonjakkan lagi nama serta memberi nilai tambah baharu kepada Darulaman Sanctuary dan Langkawi terutamanya yang melibatkan sektor ekopelancongan kepada pelancong tempatan serta luar negara," katanya.
Sementara itu, Tiara Jacquelina berkata, pihaknya berpendapat kawasan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang itu dapat menjadi daya tarikan baharu yang boleh ditawarkan kepada orang ramai, sama seperti di Tiarasa Escapes, Janda Baik di Pahang, lapor Bernama.
"Pemerhatian saya mendapati di Langkawi masih belum ada 'forest chalet' seperti di Tiarasa Escapes, jadi ia satu peluang yang baik dan konsepnya juga adalah berlainan. Kita akan kaji untuk lihat apa jenis produk ekopelancongan yang sesuai dibina di sini," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Jan 17 2024
Raja Shahreen Raja Othman dan Puan Sri Tiara Jacquelina bergambar bersama dokumen selepas memeterai MoU antara BDB Land dan Enfiniti Escapes di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah pada Selasa. - Gambar Bernama
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Agenda AWANI: Keselamatan Jalan Raya | Jaga Nyawa
Apa sebab utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya khususnya semasa musim perayaan, dan bagaimana penguatkuasaan undang-undang boleh diperketatkan bagi menangani isu ini? Diskusi 8.30 malam
Dua lelaki ditangkap bantu siasatan pergaduhan bola sepak
Polis tahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan Singapura di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.
Nahas Ayer Keroh: Perkembangan dua mangsa di Hospital Melaka
Dua kanak-kanak yang merupakan anak sulung dan kedua kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ngeri di kilometer 204 lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BDB Land, Enfiniti Escapes jalin kerjasama bangunkan sektor ekopelancongan di Langkawi
Kedua-dua pihak rancang jalin usaha sama membangunkan forest chalet atau pembangunan berkonsepkan ekopelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi.