Syarikat penerbangan baharu, Bayu Air mengakui belum mengemukakan permohonan permit penerbangan atau lesen operasi penerbangan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Saifulrizal Raffien berkata pihaknya sedang menyediakan dokumen untuk permohonan permit perkhidmatan udara (ASP), dan akan menghantar permohonan itu kepada DCA dalam masa terdekat.
"Pra pelancaran dan sidang media pada 16 Februari lepas hanya untuk memberitahu kepada agensi pelancongan, Bayu Air ditubuhkan untuk memberi kemudahan kepada agensi pelancongan dari aspek perjalanan berkumpulan bagi pengerjaan Umrah dan pelancongan," katanya dalam kenyataan di sini, malam semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman hari ini, bahawa DCA tidak menerima sebarang permohonan sama ada bagi permit mahupun lesen untuk beroperasi daripada Bayu Air, setakat ini.
Azharuddin dilaporkan berkata pihaknya kesal dengan tindakan Bayu Air kerana membuat pengumuman berhubung permulaan operasi penerbangan mereka Ogos ini, sebelum memohon dan mendapat kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa.
BACA: DCA tidak terima permohonan permit, lesen daripada Bayu Air
Mohd Saifulrizal menjelaskan syarikat penerbangan itu tidak berhasrat untuk membelakangkan peraturan dalam Akta Penerbangan Awam di bawah peraturan 10 dan 17.
"Pihak Bayu Air tidak pernah menyatakan kami sudahpun mempunyai permit atau lesen penerbangan walaupun perancangan untuk beropersi sepenuhnya pada Ogos 2016. Perancangan itu juga tertakluk kepada kecepatan kelulusan permit dan lesen penerbangan Bayu Air," katanya.
Beliau turut memohon maaf atas kekeliruan yang tidak disengajakan itu.
Bayu Air dimiliki syarikat bumiputera Bayu Mutiara Skyways Sdn Bhd, ditubuhkan pada 2014 yang berpusat di Cyberjaya dengan mempunyai sehingga 300 kakitangan.
Bernama
Sun Feb 21 2016
![Bayu Air akui belum kemuka permohonan permit penerbangan Bayu Air akui belum kemuka permohonan permit penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71456072067_BayuAirCEO.jpg)
Mohd Saifulrizal menjelaskan syarikat penerbangan itu tidak berhasrat untuk membelakangkan peraturan dalam Akta Penerbangan Awam di bawah peraturan 10 dan 17. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bayu Air akui belum kemuka permohonan permit penerbangan Bayu Air akui belum kemuka permohonan permit penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71456072067_BayuAirCEO.jpg)
Bayu Air akui belum kemuka permohonan permit penerbangan
Bayu Air sedang menyediakan dokumen untuk permohonan permit perkhidmatan udara (ASP), dan akan menghantar permohonan itu kepada DCA dalam masa terdekat.
![DCA tidak terima permohonan permit, lesen daripada Bayu Air DCA tidak terima permohonan permit, lesen daripada Bayu Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455613750_BayuAir.jpg)
DCA tidak terima permohonan permit, lesen daripada Bayu Air
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima sebarang permohonan sama ada bagi permit mahupun lesen untuk beroperasi daripada syarikat penerbangan Bayu Air setakat ini.
![Bayu Air buka ruang pekerjaan kepada bekas pekerja syarikat penerbangan Bayu Air buka ruang pekerjaan kepada bekas pekerja syarikat penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455613750_BayuAir.jpg)
Bayu Air buka ruang pekerjaan kepada bekas pekerja syarikat penerbangan
Operasi Syarikat Bayu Mutiara Skyways Sdn Bhd (Bayu Air) bakal membuka ruang pekerjaan kepada bekas pekerja syarikat penerbangan yang kehilangan punca selepas isu ekonomi semasa.