KUALA LUMPUR: Battersea Power Station memaklumkan bahawa Transport for London (TfL) telah mengumumkan dua stesen kereta api bawah tanah baharu di Sambungan Laluan Utara akan dibuka kepada orang ramai pada 20 Sept, 2021.
Stesen Kereta Api Bawah Tanah London Zon 1 di Battersea Power Station dan Nine Elms yang bebas tangga dijangka menambah baik kesalinghubungan antara kejiranan selatan dan seluruh London secara ketara di samping menyumbang kepada pemulihan ibu negara itu daripada pandemik.
Menurut kenyataan yang dikongsi menerusi SP Setia Bhd pada Khamis, stesen di Battersea Power Station dan Nine Elms akan menjadi stesen baharu pertama di Laluan Utara dalam tempoh 80 tahun sekali gus akan mempertingkatkan kesalinghubungan antara kejiranan selatan dan seluruh London.
“Sambungan Laluan Utara merupakan penyambungan pertama utama bagi kereta api bawah tanah pada abad ini dan menyokong kira-kira 25,000 pekerjaan baharu dan lebih 20,000 kediaman baharu.
“Selain itu, ia juga akan melonjakkan ekonomi United Kingdom dan menyokong 1,000 pekerjaan, termasuk 79 perantisan.
“Kawasan itu dijangka menjadi antara destinasi utama London dan menarik kira-kira 40 juta pengunjung setahun,” jelas kenyataan itu.
Menurutnya, Sambungan Laluan Utara merupakan pengubah bagi kawasan ini dan merupakan pencapaian yang amat besar dalam usaha penjanaan semula Battersea Power Station, yang akan menjadi antara pembangunan paling terhubung di London tidak lama lagi.
“Kami bersedia mengalu-alukan para pengunjung untuk menikmati kejiranan tepian sungai yang kami wujudkan, apabila stesen kereta api bawah tanah baharu Battersea Power Station dibuka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Battersea Power Station Development Company, Simon Murphy.
Projek pembangunan bercampur Battersea Power Station merangkumi unit runcit, pejabat dan kediaman, dilengkapi Stesen Kereta Api Bawah Tanah London Zon 1 serba baharu bagi Laluan Utara dan perkhidmatan pengangkutan air oleh Thames Clippers.
Bangunan itu akan menampilkan lif serombong kaca, yang akan menawarkan pemandangan latar langit London 360 darjah.
Pembangunannya dimiliki bersama oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pegangan sebanyak 20 peratus; Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi Sime Darby Property Bhd (40 peratus) dan SP Setia Bhd (40 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
![Battersea Power Station di Laluan Utara dibuka 20 Sept Battersea Power Station di Laluan Utara dibuka 20 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631204687_battersea.jpg)
Bangunan itu akan menampilkan lif serombong kaca, yang akan menawarkan pemandangan latar langit London 360 darjah. - Foto fail/BERNAMA
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Battersea Power Station di Laluan Utara dibuka 20 Sept Battersea Power Station di Laluan Utara dibuka 20 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631204687_battersea.jpg)
Battersea Power Station di Laluan Utara dibuka 20 Sept
Ia akan menjadi satu daripada dua stesen kereta api bawah tanah baharu di Penyambungan Laluan Utara yang akan dibuka kepada orang ramai pada 20 Sept, 2021.