BAT Malaysia nafi keluar senarai harga rokok baharu
Syarikat tembakau British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) hari ini mengesahkan senarai harga baru rokok jenama itu yang tersebar di media sosial sejak 24 Mac adalah palsu.
Astro Awani
Wed Mar 25 2015
BAT Malaysia ditubuhkan sejak 3 November 1999 hasil kerjasama gabungan Rothmans of Pall Mall (Malaysia) Berhad dan Malaysian Tobacco Company Berhad. - Gambar Laman Web BAT Malaysia
Syarikat tembakau British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) hari ini menafi menyebarkan senarai harga baharu rokok jenama syarikat itu seperti yang tersebar di media sosial sejak semalam. Senarai terbabit turut disahkan sebagai palsu.
Susulan itu juga, pihak BAT Malaysia juga telah membuat laporan polis berhubung perkara ini.
“Kami menyeru kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan senarai harga yang palsu ini,” kata BAT Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Antara senarai harga rokok palsu yang didakwa tersebar di media sosial sejak semalam. - Sumber Facebook
BAT Malaysia ditubuhkan sejak 3 November 1999 hasil gabungan kerjasama Rothmans of Pall Mall (Malaysia) Berhad dan Malaysian Tobacco Company Berhad.
Produk tembakau daripada BAT Malaysia adalah termasuk jenama antarabangsa seperti DUNHILL, KENT, PALL MALL dan Peter Stuyvesant.