British American Tobacco Malaysia Bhd (BAT Malaysia) akan meneruskan kedudukan dan operasi di Malaysia walaupun kilangnya di negara ini ditutup, kata Pengarah Urusan Stefano Clini.
Beliau berkata hala tuju syarikat kekal sama dan akan terus melabur dalam jenama, kakitangan serta pekerja di samping meminimumkan kos.
"Keutamaan dan perancangan kami tahun ini akan terus menumpukan kepada pengukuhan portfolio dan membangunkan model perniagaan mampan dalam persekitaran operasi yang lebih mencabar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata firma itu sama ada akan menempatkan semula atau membangunkan sebuah kilang baharu di Malaysia.
Ia juga akan memanfaatkan sumbernya dari hab penyumberan sedia ada dalam kumpulan BAT seperti di Indonesia, Singapura dan Korea Selatan.
Pada 18 April, BAT Malaysia mengumumkan penutupan satu-satunya kilang syarikat itu di Virginia Park, Petaling Jaya, Selangor secara berperingkat, dan keseluruhan langkah itu akan selesai pada pertengahan 2017.
Mengenai perniagaan rokok haram di Malaysia, Clini berkata kerajaan sewajarnya mempertimbangkan moratorium ke atas eksais rokok sekurang-kurangnya tiga tahun sehingga industri tembakau stabil.
Beliau berkata kajian oleh Nielsen mendapati perniagaan rokok tidak sah telah mencatat paras tertinggi 45.6 peratus, setakat Disember 2015.
Di Malaysia, satu daripada dua pek yang dijual adalah rokok kontraban (seludup).
.
Bernama
Mon Apr 25 2016
Pada 18 April, BAT Malaysia mengumumkan penutupan satu-satunya kilang syarikat itu di Virginia Park, Petaling Jaya, Selangor secara berperingkat. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Cukai syarikat antarabangsa tingkat program kesejahteraan rakyat - Zahid
Sumbangan syarikat-syarikat multinasional antarabangsa, baik daripada segi pencukaian, mahupun CSR, memberi sumbangan yang cukup signifikan untuk program kesejahteraan rakyat.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
BAT Malaysia akan teruskan operasi walaupun kilang ditutup
Pada 18 April, BAT Malaysia mengumumkan penutupan satu-satunya kilang syarikat itu di Virginia Park, Petaling Jaya, Selangor secara berperingkat.