KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank (Maybank IB) telah menaikkan unjuran benar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 dan 2025 kepada 4.7 peratus daripada 4.4 sebelum ini, dan 5.1 peratus berbanding 5.0 berikutan pertumbuhan suku pertama yang lebih baik berbanding jangkaan.
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku dalam tinjauan daripada 2.9 peratus pada suku keempat 2023, didorong oleh perbelanjaan swasta lebih kukuh dan pemulihan eksport yang positif.
Bank pelaburan itu turut menaikkan unjuran pertumbuhan bagi penggunaan awam kepada 5.2 peratus daripada 4.1 untuk 2024 (2025: 4.9 peratus daripada 4.1), penggunaan swasta pada 5.1 peratus tahun ini dan 5.7 tahun depan berbanding ramalan awal 5.5 peratus untuk 2025.
Dalam nota penyelidikan hari ini, katanya semakan menaik itu mencerminkan terutama impak kenaikan gaji sektor perkhidmatan awam sebanyak 13 peratus (kira-kira RM10 bilion) yang diumumkan baru-baru ini berkuat kuasa Disember 2024.
Sementara itu, Kenanga Investment Bank (Kenanga IB) berkata unjuran pertumbuhan KDNK 2024 kekal pada 4.5-5 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang teguh dan pengembangan mampan sektor pembuatan dan perkhidmatan.
"Prospek ini disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan, dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan," katanya.
Impak Akaun 3 KWSP, boleh mencetuskan inflasi
Selain kenaikan gaji kakitangan awam, Kenanga IB berkata pengenalan Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang membenarkan pengeluaran fleksibel, akan menjadi faktor penyumbang untuk merangsang permintaan domestik.
Malah, terdapat inisiatif pindahan tunai yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Meskipun mengakui impak positif Akaun 3 terhadap permintaan domestik, Maybank IB berkata inisiatif berkenaan turut mempunyai kelemahan.
"Kita tidak mengukurnya ke dalam unjuran benar pertumbuhan KDNK -- terutama komponen penggunaan swasta berikutan masih menunggu maklum balas ahli KWSP yang menggunakan Akaun 3. Sebagai contoh, adakah semuanya digunakan untuk perbelanjaan pengguna atau termasuk tujuan lain seperti membayar hutang isi rumah dan disimpan sebagai simpanan kecemasan," kata Maybank IB.
Sekiranya berlaku lonjakan perbelanjaan pengguna, ini boleh mencetuskan peningkatan risiko inflasi tambahan (suku pertama 2024:1.7 peratus tahun ke tahun, unjuran 2024: 2.4 peratus dan 2025: tiga peratus) berikutan berlakunya inflasi tarikan permintaan.
Ia sebagai tambahan kepada jangkaan inflasi tolakan kos berikutan rasionalisasi subsidi bahan api yang disasarkan akan dilaksanakan tahun ini, sementara menunggu perincian masa, kuantum dan mekanik, katanya.
Ini seterusnya boleh membawa kepada risiko menaik dalam unjuran Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM), yang dijangka kekal stabil pada paras semasa 3 peratus sehingga akhir 2025.
Bagaimanapun, Kenanga IB yakin dasar monetari semasa akan kekal tidak berubah sepanjang tahun ini berikutan dianggap sesuai untuk mengawal inflasi dan menyokong pertumbuhan domestik.
"Unjuran inflasi keseluruhan memaparkan pengembangan sederhana berikutan jangkaan rasionalisasi subsidi secara berperingkat pada separuh kedua 2024.
"Keadaan ini mungkin meningkatkan tekanan harga, tetapi impaknya dilihat terkawal, dengan potensi kejutan bekalan diimbangi oleh permintaan yang berkurangan di tengah-tengah harga yang lebih tinggi," katanya.
Selain itu, peningkatan ketibaan pelancong dan pasaran buruh yang baik -- kadar pengangguran diunjurkan meningkat kepada 3.2 peratus (2023: 3.4 peratus) -- yang akan menyokong trajektori pertumbuhan dengan ketara.
Realisasi pelaburan lebih tinggi berikutan pelaburan diluluskan yang meningkat tahun lepas, kemajuan projek baharu dan berterusan seperti pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bharu-Singapura, Lebuhraya Pan-Borneo, rangkaian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dasar di bawah Kerangka Ekonomi MADANI akan terus memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, kata Kenanga IB.
Risiko geopolitik masih kekal
Maybank IB dan Kenanga IB menyatakan pandangan yang sama mengenai risiko geopolitik.
"Risiko geopolitik akan menguasai naratif makro dan berpotensi mengganggu momentum pertumbuhan. Perdagangan global yang lebih lemah berbanding jangkaan dan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang meningkat, terutama dengan pengumuman kenaikan tarif baru-baru ini, boleh menghalang pertumbuhan ekonomi global," kata Kenanga IB.
Situasi ini diburukkan lagi dengan konflik Ukraine dan Israel-Gaza yang berterusan, memberi kesan negatif kepada logistik dan keseluruhan aktiviti perdagangan global, katanya.
Sementara itu, dasar monetari semasa yang ketat dan diterima pakai oleh kebanyakan ekonomi maju berupaya mencetuskan risiko negatif kepada Malaysia, memandangkan potensi risiko kepada kemelesetan ekonomi global, katanya.
"Walaupun 'perang perdagangan AS-China dan kenaikan tarif' sejak era Presiden Trump telah memanfaatkan Malaysia dari segi lencongan perdagangan dan pelaburan langsung asing, penempatan semula untuk daya tahan dan keselamatan rantaian bekalan, risiko peningkatan ketegangan perdagangan AS-China semakin bertambah dengan pilihan raya Presiden AS pada November 2024.
"Kami juga mengambil maklum berhubung siasatan AS terhadap sel solar dan panel yang diimport dari Asean -- Malaysia, Thailand, Vietnam, Kemboja -- mengenai dakwaan amalan perdagangan yang tidak adil, iaitu harga di bawah kos pengeluaran dengan subsidi yang besar," katanya.
Menurutnya, ini menggambarkan risiko bahawa AS mungkin menaikkan tarif importnya dengan lebih meluas. - BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku dalam tinjauan daripada 2.9 peratus pada suku keempat 2023.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Bank pelaburan positif terhadap prospek KDNK Malaysia
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku dalam tinjauan daripada 2.9 peratus pada suku keempat 2023.
Goldman Sachs dakwa kerajaan Barisan Nasional berbohong
Bank itu mendakwa mereka tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri sebelum pemfailan tuduhan itu