Bank Islam Malaysia Bhd memenangi dua anugerah daripada Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2016, termasuk Anugerah Perbankan Borong Terbaik.
Ketua Pegawai Strateginya, Hizamuddin Jamalluddin dianugerahkan 'Personaliti Dalam Kewangan Islam (Kepemimpinan) 2016' untuk sumbangan luar biasa kepada bank tersebut.
Bank Islam dan tiga lagi institusi penting telah dipertimbangkan untuk kategori berkenaan dan keputusan itu berdasarkan beberapa faktor, termasuk dalam Metodologi GIFA.
Anugerah itu juga mengiktiraf usaha Pengarah Urusan bank berkenaan, Datuk Seri Zukri Samat, dalam merubah bank itu menjadi sebuah daripada penggiat penting dalam industri kewangan Islam.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata, anugerah itu adalah peristiwa penting untuk bank tersebut dan satu lagi langkah dalam arah yang betul untuk menjadi penggiat penting serantau dalam merubah landskap kewangan Islam untuk menjadi lebih baik.
"Kami berbesar hati kerana kerja kami diiktiraf. Sebagai pemimpin global dalam perbankan Islam, kami telah mencapai kemajuan cemerlang ke arah aspirasi kami.
"Anugerah ini juga satu penghormatan kepada semua kakitangan Bank Islam untuk usaha berpasukan yang ditunjukkan serta komitmen berterusan mereka, di samping wawasan bersama bagi memastikan kami berada di landasan betul untuk mencapai matlamat kami," katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian anugerah itu di sini, semalam.
Walaupun menghadapi persekitaran pasaran yang mencabar, Khairul berkata, Bank Islam terus
meningkatkan pembiayaan dan deposit, terutama dalam portfolio akaun pelaburan, yang berkembang kepada RM3.3 bilion sehingga Jun 2016.
Bank itu juga telah menggerakkan perniagaannya ke dalam sektor teknologi hijau, menekankan sokongannya kepada inisiatif kerajaan dalam mempromosi projek teknologi hijau kerana ia memberi sumbangan besar kepada kemampanan ekonomi, sosial dan alam sekitar negara. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2016

Bank Islam terus meningkatkan pembiayaan dan deposit, terutama dalam portfolio akaun pelaburan, yang berkembang kepada RM3.3 bilion sehingga Jun 2016. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Pada 9.19 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.2370/2400 berbanding dolar AS daripada 4.2380/2420 ketika ditutup pada petang urus niaga Rabu.

Bank Islam menang dua anugerah Anugerah Kewangan Islam Global
Bank Islam Malaysia Bhd memenangi dua anugerah daripada Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2016, termasuk Anugerah Perbankan Borong Terbaik.
Bank Islam pertahan tindakan gantung ketua ekonominya
Bank Islam Malaysia Bhd telah mengeluarkan kenyataan kukuh dalam mempertahankan tindakannya menggantung Ketua Ekonomi bank itu.