SHAH ALAM: Sektor kesihatan awam dijangka menerima dana lebih tinggi dalam Bajet Selangor 2022 yang akan dibentang pada 26 Nov ini, kata Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud.
Beliau berkata peruntukan itu akan disalur ke arah penjagaan kesihatan mental khususnya peranan komuniti dalam mencegah penyakit tidak berjangkit, pusat sokongan anak istimewa dan talian selamat untuk masalah krisis rumah tangga serta usaha pendigitalan.
"Insya-Allah, kita akan dapat lebih (daripada tahun sebelum ini) bagi kesihatan awam, kita ada idea baharu yang akan dilaksana selain meneruskan dan menambah baik program sedia ada.
"Berdasarkan situasi COVID-19, kebanyakan mangsa adalah mereka yang komorbid dan kita tidak mahu lagi sampai ke tahap itu, biarlah dari awal rakyat Selangor ada kesedaran perlunya menjaga kesihatan," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Terdahulu, Dr Siti Mariah menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Lantikan kepada Pegawai Titik Tumpuan Gender (GFP) dan Pasukan Tumpuan Gender (GFT) untuk Projek Pengarusperdanaan Gender bagi Tahun 2021/2022 yang disempurnakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Dr Siti Mariah berkata, peruntukan itu akan disalur ke arah penjagaan kesihatan mental khususnya peranan komuniti dalam mencegah penyakit tidak berjangkit. - Foto BERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Bajet Selangor 2022: Sektor kesihatan awam dijangka peroleh dana lebih tinggi
Sektor kesihatan awam dijangka menerima dana lebih tinggi dalam Bajet Selangor 2022 yang akan dibentang pada 26 Nov ini.