Bajet alternatif yang dikemukakan pembangkang adalah satu helah untuk mengelirukan rakyat kerana dari segi kewangan ia tidak boleh dilaksanakan, kata pegawai kanan Kementerian Kewangan (MoF) hari ini.
Memetik cadangan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500, pegawai berkenaan ingin tahu siapakah yang akan membayar tambahan RM500 atau daripada mana wang itu akan diperoleh.
Tidak mungkin kerajaan mampu melaksanakannya kerana ia adalah satu pertiga daripada cadangan gaji minimum baharu, katanya pada taklimat media hari ini.
Kerajaan sedang mencari jalan mendapatkan sumber pendapatan baharu, walaupun terdapat pelbagai cabaran besar dalam persekitaran luaran, terutama kejatuhan dalam harga minyak mentah.
Oleh itu, perlu diberi penghargaan kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST), yang sebelum ini dikritik tetapi kini diterima, kerana tanpanya kira-kira RM30 bilion akan hilang daripada tabungan kerajaan.
Mengenai cadangan pembangkang untuk memotong peruntukan, terutama kepada Jabatan Perdana Menteri, beliau berkata, pembangkang terlebih dulu perlu mempunyai fakta yang betul.
Menurutnya, terdapat perbezaan antara Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Jabatan Perdana Menteri, kerana PMO adalah sebahagian daripada jabatan itu, yang merupakan entiti lebih besar yang menempatkan pelbagai unit dan agensi penting.
Memotong RM10 bilion dalam peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri turut bermakna memotong dana untuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan lain-lain, katanya.
BACA: Pakatan Harapan bentang Belanjawan Alternatif 2017
Menurutnya, ada pihak tertentu menyebarkan tanggapan palsu yang kerajaan telah bankrap, sedangkan pada hakikatnya ia melaksanakan pengurusan kewangan berhemah serta peruntukan sumber yang cekap.
Beliau juga berkata 'Malaysia tidak boleh dianggap sebagai negara yang gagal kerana hutangnya hanya 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasarnya.'
"Banyak lagi negara yang akan menjadi bankrap kerana tahap hutang mereka jauh lebih tinggi," katanya. - Bernama
Bernama
Thu Oct 20 2016
![Bajet alternatif pembangkang tidak realistik dari segi kewangan, kata pegawai kanan MoF Bajet alternatif pembangkang tidak realistik dari segi kewangan, kata pegawai kanan MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71476886810_belanjawanalternati.jpg)
Bajet alternatif yang dikemukakan pembangkang adalah satu helah untuk mengelirukan rakyat, kata pegawai kanan Kementerian Kewangan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Pembangkang tiada pendirian, Bajet Alternatif hanyalah madah politik - Budiman Pembangkang tiada pendirian, Bajet Alternatif hanyalah madah politik - Budiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61464358533_BudimanMohdZohdi.jpg)
Pembangkang tiada pendirian, Bajet Alternatif hanyalah madah politik - Budiman
Apa yang pasti, bajet alternatif mereka ini hanyalah sekadar madah politik untuk mengaburi mata rakyat kata Ahli Parlimen Sungai Besar.
![Bajet Alternatif 2018 'poyo' - Rizal Mansor Bajet Alternatif 2018 'poyo' - Rizal Mansor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51475858773_DatukRizalMansor.jpg)
Bajet Alternatif 2018 'poyo' - Rizal Mansor
Hasrat pakatan pembangkang mahu mengurangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sehingga RM8 bilion menimbulkan persoalan.
![Bajet alternatif PR dibentang Khamis kerana takut idea dicuri BN Bajet alternatif PR dibentang Khamis kerana takut idea dicuri BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41369486561_295x200.jpg)
Bajet alternatif PR dibentang Khamis kerana takut idea dicuri BN
Bajet bayangan 2014 Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 5.2 peratus dan kadar defisit GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebanyak 3.2 peratus untuk tahun 2014.