KUALA LUMPUR: Bajet 2023 diramal akan mencatatkan perbelanjaan keseluruhan yang lebih tinggi berbanding bajet yang dibentangkan sebelum ini di samping menggariskan senarai projek yang lebih panjang bagi menyokong pemulihan ekonomi pasca-COVID-19, kata Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Profesor Geoffrey Williams.
"Peningkatan perbelanjaan ini adalah sesuatu yang sudah boleh dijangka, tetapi ia masih tidak dapat dielakkan kesan dari naratif pertumbuhan yang lebih perlahan disebabkan faktor luaran," beliau memberitahu DagangNews ketika dihubungi di sini.
Beliau turut menjangkakan senarai geran latihan akan diumumkan di samping projek teknologi serta program berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
"Syarikat perunding yang berkaitan dengan kerajaan akan diberi peruntukan yang besar untuk melaksanakan skim, bagaimanapun kerajaan harus memantau sejauh mana syarikat-syarikat ini mewujudkan lebih banyak pekerjaan, kesan pengganda kepada ekonomi dan komuniti perniagaan serta faedah kepada masyarakat secara am," jelas beliau lagi.
Bertentangan dengan ramalan itu, Williams berkata kerajaan seharusnya menyusun bajet yang lebih kecil dan penjimatan itu harus diserahkan semula kepada rakyat untuk membolehkan mereka membelanjakan lebih banyak bagi merancakkan ekonomi.
"Kita seharusnya meletakkan wang terus ke tangan pengguna dan perniagaan dan membantu mereka mengekalkan perbelanjaan pengguna, meningkatkan hasil untuk perniagaan terutamanya sektor Perindustrian, Kecil dan Sederhana (PKS) dan pada masa yang sama membolehkan lebih banyak pelaburan swasta dijana bagi memupuk pertumbuhan ekonomi.
"Akan ada senarai geran kecil atau pinjaman mudah kepada PKS yang akan disasarkan dan berkemungkinan akan meliputi kurang daripada 1 peratus daripada semua syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia," jelas beliau lagi.
Mengulas mengenai sistem percukaian, Williams menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan pembaharuan sistem cukai dan duti di seluruh lembaga, menamatkan perbahasan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan meliputi cukai pendapatan ke atas isi rumah dan syarikat untuk mengurangkan cukai secara keseluruhan.
"Ini akan menggalakkan pertumbuhan dan pendapatan cukai akan meningkat akibat pertumbuhan dan perbelanjaan yang lebih tinggi.
Sementara itu, mengulas mengenai bantuan kepada rakyat, beliau menegaskan kerajaan harus memberi tumpuan untuk memperkenalkan skim pemindahan tunai atau Pendapatan Asas Sejagat melalui pembaharuan skim Bantuan dan sistem cukai kepada bayaran bulanan tetap untuk golongan berpendapatan rendah.
"Ini akan menggantikan pembayaran kebajikan kompleks semasa dengan satu sistem yang lebih mudah," kata beliau lagi. –DagangNews.com
Dagang News
Thu Sep 22 2022
Bajet 2023 diramal akan mencatatkan perbelanjaan keseluruhan yang lebih tinggi berbanding bajet yang dibentangkan sebelum ini. - Gambar hiasan
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Bajet 2023 dijangka lebih besar bagi tampung usaha pemulihan ekonomi
Beliau turut menjangkakan senarai geran latihan akan diumumkan di samping projek teknologi serta program berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
Ahli ekonomi jangka ekonomi Malaysia berkembang perlahan pada 3.5 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang perlahan tahun ini, kata Profesor di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Geoffrey Williams.