KUALA LUMPUR: Aspek kesejahteraan luar bandar antara perkara yang turut diberi perhatian semasa pembentangan Bajet 2022 daripada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurutnya, untuk tahun hadapan, lebih RM2.5 bilion disediakan bagi melaksanakan pelbagai program termasuk dana hampir RM1.5 bilion untuk projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang 519 kilometer.
Tambah beliau, projek tersebut dijangka memanfaatkan lebih 130,000 penduduk.
“Kedua, RM382 juta bagi bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif dengan sasaran 4,800 buah rumah. Ketiga, RM485 juta untuk bekalan elektrik luar bandar dengan sasaran lebih 2,100 buah rumah.
“Keempat, RM107 juta bagi memasang 7,000 unit Lampu Jalan Kampung, menyelenggara lebih 500,000 unit Lampu Jalan Kampung dan menaik taraf 20 buah jambatan uzur serta kerja-kerja awalan bagi 30 buah jambatan baharu.
“Daripada keseluruhan peruntukan ini, sebahagian besar iaitu RM1.5 bilion disediakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar Sabah dan Sarawak,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Tambah beliau, Bajet 2022 turut menyediakan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masing-masing sebanyak RM16 bilion dan RM17 bilion.
“Antaranya sejumlah RM1.6 bilion diperuntukkan untuk mempertingkatkan kesiagaan aset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia. Peruntukan ini turut melibatkan RM14 juta bagi mengganti peralatan utama PASKAL dan PASKAU seperti payung terjun, alat selam litar tertutup dan bot.
“Kebajikan anggota-anggota polis dan tentera kita juga tetap menjadi keutamaan. Bagi tahun hadapan, RM230 juta disediakan untuk kerja-kerja menyelenggara sekolah dalam kem tentera, fasiliti ketenteraan dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.
“Peruntukan ini turut melibatkan penggantian dan pembaikan lif serta kuarters PDRM,” ujarnya.
Selain itu, kerajaan akan menambah lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am antaranya di Pagalungan di Sabah dan Temong Mura di Sarawak bagi meningkatkan kawalan keselamatan sempadan yang berterusan.
“Kerajaan juga akan menambah empat pintu masuk imigresen baharu antaranya di Telok Melano dan Baleh, Sarawak.
“Ia bagi memenuhi keperluan peningkatan pergerakan melalui imigresen susulan perubahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Telok Melano,” katanya.
Ridauddin Daud
Fri Oct 29 2021
Aspek kesejahteraan luar bandar antara perkara yang turut diberi perhatian semasa pembentangan Bajet 2022 daripada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - FOTO Jabatan Penerangan Malaysia
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
Hakisan pantai: Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil'
Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil' akibat hakisan pantai yang semakin kritikal, khasnya apabila monsun timur laut tiba.
Senarai calon Jawatankuasa Eksekutif FAM diketahui hujung Jan
Senarai calon yang akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 pada kongres badan induk itu yang dijadual berlangsung 15 Feb depan akan diketahui selewat-lewatnya hujung Januari ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah meng-e-melkan notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada kesemua ahli gabungannya semalam.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah meng-e-melkan notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada kesemua ahli gabungannya semalam.
Kerajaan masih perlu pastikan penggunaan dana rakyat berhemah
Kerajaan MADANI akan memberikan kerjasama penuh sekiranya usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 membuahkan hasil.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa yang sama, harus memastikan harus memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa yang sama, harus memastikan harus memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.
Op Pedo: PDRM, MCMC giat usaga kesan individu miliki, edar bahan lucah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mempergiatkan usaha mereka untuk menjejak individu yang memiliki, menyimpan dan mengedar bahan lucah serta bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM).
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).