Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 yang memperuntukkan RM1.45 bilion untuk Bajet 2017 Pulau Pinang.
Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika menggulung perbahasan bajet itu berkata kerajaan negeri akan mendapat pulangan bayaran pokok dan keuntungan pinjaman berjumlah RM639 juta kepada Perbadanan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), mulai 2018 selama tempoh lapan tahun.
Beliau berkata kemudahan pinjaman kepada kedua-dua badan berkanun negeri itu tidak akan menimbulkan risiko kewangan kerana pulangan bayaran pokok dan keuntungan pinjaman itu akan diperoleh secara berperingkat selama lapan tahun.
Menurut Bajet Pulau Pinang 2017, daripada sejumlah RM707.61 juta yang diperuntukkan untuk Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, RM609 juta diperuntukkan sebagai pinjaman kepada PDC dan RM30 juta kepada PBAPP.
Lim berkata kemudahan pinjaman kepada badan-badan berkanun negeri itu adalah bagi memastikan kesinambungan projek-projek persekutuan di Pulau Pinang seperti Projek (Fasa 2) Penggantian Aset dan Menaik Taraf Loji Rawatan dan Takungan Air oleh PBAPP, dan projek pengambilan tanah serta pembangunan infrastruktur di Seberang Perai oleh PDC.
Sementara itu, berhubung isu bajet tidak dibelanjakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berbaki 42 peratus, Lim berkata terdapat kesilapan teknikal di dalam laporan Perjanjian Program yang diedarkan semasa pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2017.
Beliau berkata jumlah sebenar perbelanjaan yang tidak dibelanjakan hanya berbaki 12.79 peratus berikutan peruntukan emolumen yang tidak dibelanjakan kerana jawatan kosong pada 2015 tidak diisi. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2016

Menurut Bajet Pulau Pinang 2017, daripada sejumlah RM707.61 juta yang diperuntukkan untuk Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, RM609 juta diperuntukkan sebagai pinjaman kepada PDC dan RM30 juta kepada PBAPP. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bajet 2017 Pulau Pinang diluluskan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 yang memperuntukkan RM1.45 bilion untuk Bajet 2017 Pulau Pinang.