Semua orang akan memperoleh manfaat tertentu dalam Bajet 2016, terutama kumpulan berpendapatan rendah, selain kelas pertengahan, namun rakyat tidak wajar mengharapkan habuan yang tidak realistik,
kata seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan, hari ini.
Ini selari dengan 'kedudukan ekonomi yang sangat mencabar dan di luar kawalan' yang menyebabkan ketidaktentuan seperti penurunan mendadak harga minyak mentah dan gas serta penyusutan ringgit, katanya.
Walaupun satu pertiga pendapatan negara disumbangkan oleh minyak yang harganya susut sehingga 50 peratus, pegawai berkenaan memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menghentikan projek yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Meskipun sukar, kerajaan mempunyai visi, pelan dan sumber untuk menyampaikan manfaat kepada rakyat," katanya pada taklimat mengenai teras Bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat esok.
Pegawai berkenaan juga menerangkan bagaimana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikritik hebat oleh pelbagai pihak, terutama Pembangkang, sebenarnya muncul sebagi penyelamat dalam menyumbang kepada hasil kerajaan.
GST membantu menampung impak penurunan ketara harga minyak mentah yang kini sekitar US$51 setong. "Tanpa GST, kita akan berhadapan masalah yang besar," katanya.
Beliau berkata dalam ucapan bajet, Perdana Menteri akan menjelaskan pentingnya GST dan bagaimana hasil daripada sistem percukaian secara meluas itu akan digunakan untuk rakyat.
Pegawai berkenaan berkata insentif akan terus diberikan kepada sektor swasta bagi meningkatkan pelaburan swasta dalam bidang utama serta merangsang aktiviti perniagaan termasuk perkhidmatan dan pelancongan," katanya.
"Usaha menarik pelancong dari China, yang merupakan sumber besar tunai segera, boleh ditingkatkan selain pelancongan perubatan bagi menarik pelancong Arab," katanya.
"Kerajaan juga akan meluaskan manfaat (GST) kepada sebanyak mungkin sektor manakala kemudahan perumahan terutama untuk golongan muda akan terus disediakan dalam bajet.
"Fokus Bajet 2016 adalah ke atas usaha melaksanakan perkara perlu, terutama menjaga kebajikan rakyat.
"Tidak ada masalah dalam meneruskan projek infrastruktur seperti Transit Aliran Ringan dan Mass Rapid Transit, serta Lebuh Raya Pan Borneo," katanya.
Ditanya sama ada cukai pendapatan akan dikurangkan, beliau berkata berkemungkinan ada pelarasan bagi memberi pelepasan, namun malangnya harga minyak mentah yang turun naik tidak membolehkan pengurangan dalam keadaan semasa.
Menerusi GST, dan andaian harga minyak kekal sekitar US$80-US90 setong, kerajaan akan mempunyai kedudukan kewangan yang baik untuk menimbang pengurangan cukai pendapatan, namun dalam senario semasa, opsyen itu terhad.
Ekonomi domestik terjejas akibat penurunan luar jangka ekonomi China dan kemungkinan peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan US yang memihak kepada dolar US yang akan terus menekan ringgit.
Selain GST, satu lagi langkah baik kerajaan adalah menerusi program rasionalisasi subsidi bahan api, terutama harga petroleum, yang kini memberi pulangan yang baik dari segi penjimatan kos bernilai berbilion ringgit.
Walaupun hasil minyak mentah sumbangan Petronas dan sayrikat minyak lain menerusi cukai dan dividen yang jumlahnya turun dengan ketara, Malaysia tidak mengalami kesukaran memandangkan ekonominya pelbagai, dengan asas kukuh, terutama permintaan domestik yang merupakan pemacu utama pertumbuhan, katanya.
Pegawai berkenaan berkata kerajaan akan melaksanakan perbelanjaan berhemat, dan untuk itu bajet 2016 meningkat sedikit sahaja daripada bajet 2015, sebanyak kira-kira RM260 bilion.
Beliau berkata bajet 2016 adalah berasaskan harga purata minyak mentah pada US$48 setong.
Bajet juga akan menekankan kepada pengurangan defisit fiskal, walaupun pada kadar yang lebih perlahan, ekoran cabaran ekonomi yang diunjurkan pada kadar 3.2 peratus tahun ini.
Beliau juga berkata Malaysia berada pada laluan pertumbuhan yang baik dengan keluaran dalam negara kasar diunjurkan pada 4.8 peratus pada 2016, dan 'boleh dicapai.'
Ditanya mengenai perjanjian Perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), beliau berkata Malaysia akan memperoleh manfaat besar jika menyertainya memandangkan banyak syarikat asing, terutama dari China, berminat menggunakan Malaysia sebagai pangkalan pelaburan bagi mengeksploitasi pasaran 12 ekonomi
yang diperluas ekoran Beijing bukan pihak dalam pakatan itu.
"Syarikat Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana, wajar memacu eksport ke pasaran baharu seperti Kanada, Mexico dan Chile bagi produk seperti minyak sawit," katanya.
TPPA akan mengambil masa dua tahun untuk dilaksanakan memandangkan ia perlu melalui pelbagai proses termasuk analisis manfaat kos, perbahasan di Parlimen dan kelulusan serta pengesahan, katanya.
Pegawai itu juga berkata bajet dijangkakan mendapat respons positif daripada anggota parlimen memandangkan ia merupakan bajet mesra rakyat.
Bernama
Thu Oct 22 2015
Pegawai Kementerian Kewangan berkata kerajaan mempunyai visi, pelan dan sumber untuk menyampaikan manfaat kepada rakyat. - Gambar Fail
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
'Langkah proaktif selamat negara dari krisis ekonomi dunia' - Najib
Langkah proaktif Kerajaan dalam menangani krisis ekonomi dunia memberi kesan positif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
607,842 peminjam tidak pernah bayar PTPTN
Sejumlah 607,842 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didapati gagal membuat sebarang bayaran balik pinjaman tersebut.
Moody's: Malaysia kekalkan pengukuhan fiskal dalam Bajet 2016
Bajet 2016 yang dibentangkan Malaysia mengekalkan aliran pengukuhan fiskal kredit positif, menurut Moody's Investors Service.
Bajet 2016 tidak mampu pulihkan nilai ringgit - DAP
Lim Guan Eng berkata Bajet 2016 tidak menyenaraikan langkah-langkah terbaik untuk memulihkan kembali ringgit.
Bajet dikurangkan bukan halangan jadi kreatif
Naib Canselor UUM berkata bagi menambahkan pendapatan, pihaknya akan beri tumpuan kepada usaha mengkomersialkan produk teknologi dan inovasi
Tiada dalam Bajet 2016 tidak bermakna projek batal - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz berkata segala proses berkaitan KXP telah dibincangkan di peringkat EPU untuk langkah seterusnya.
IPTA Awam digesa cari dana sendiri - Idris Jusoh
Datuk Seri Idris Jusoh berkata IPTA Malaysia terlalu bergantung kepada sumber dana kerajaan berbanding pusat pengajian di luar negara.
'Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap'
Peruntukan sebanyak RM29.2 bilion kepada Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2016 perlu diurus dengan bijak dan efektif tanpa halangan birokrasi yang kurang cekap,kata Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak.
Kerajaan terus prihatin keperluan masyarakat India - Ahmad Zahid
Kerajaan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat India khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Fokus Bajet 2016 untungkan rakyat Sabah dan Sarawak - Adenan Satem
Peruntukan besar dalam Bajet 2016 untuk Sarawak dan Sabah dilihat memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri berkenaan, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.