KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd dalam proses untuk menyerahkan pekeliling penggabungan Celcom Axiata Bhd-Digi.com Bhd kepada Bursa Malaysia untuk memberi laluan kepada mesyuarat agung luar biasa pada November.
Pemangku Bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Vivek Sood berkata, urus niaga itu dijangka selesai sebelum akhir tahun.
Vivek berkata, Digi telah menyerahkan pekeliling itu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan sedang menunggu kelulusan.
"Saya boleh menyatakan bahawa perbincangan yang sedang dijalankan dengan SC adalah positif," katanya dalam taklimat media mengenai keputusan kewangan Axiata bagi suku kedua hari ini.
Axiata mencatatkan kerugian bersih RM106.38 juta pada suku tersebut berbanding keuntungan bersih RM277.75 juta pada suku yang sama tahun lepas, berikutan kerugian pertukaran mata wang asing berjumlah RM475.7 juta terutama daripada operasi mudah alih di Sri Lanka.
Bagaimanapun, Vivek berkata, kumpulan itu tidak berhasrat menamatkan perniagaan di negara itu di sebalik krisis hutang dan kejatuhan rupi Sri Lanka.
"Dialog Axiata PLC kekal sebagai jenama kukuh di negara ini. Saya berpendapat, kami yakin akan keluar daripada krisis ini. Saya berpandangan, kami juga melihat keadaan ini sebagai satu peluang.
"Sebagai contoh, Dialog sedang berusaha menggabungkan pusat datanya, daripada tujuh kepada tiga. Mungkin, mereka telah melaksanakannya ketika perniagaan berlangsung seperti biasa, namun, krisis ini telah memaksa mereka untuk berbuat demikian. Justeru, sekiranya kita telah berjaya mengharungi krisis ini, syarikat akan lebih berdaya tahan serta lebih bersedia untuk menikmati hasil yang lebih baik," katanya.
Pemangku Bersama CEO, Hans Wijayasuriya berkata, mata wang diramal akan stabil, sekurang-kurangnya dalam tempoh jangka pendek berikutan perbincangan yang memberangsangkan mengenai aturan kemudahan dana lanjutan (EFF) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Difahamkan, misi IMF yang sedang melawat Sri Lanka bermula 24 hingga 31 Ogos ini adalah bagi perbincangan mengenai dasar dan pembaharuan kewangan.
Sementara itu, Axiata berkata, ia dijangka melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) keseluruhan pada 2022 yang sebelum ini ditetapkan pertumbuhan perolehan satu digit pertengahan dan perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) satu digit yang tinggi walaupun berdepan cabaran semasa.
Axiata telah membelanjakan kira-kira RM2.7 bilion daripada perbelanjaan modal sebanyak RM7.1 bilion yang diperuntukkan untuk tahun ini.
Vivek berkata, kumpulan masih mempunyai beberapa projek yang belum ditauliahkan dan dijangka membelanjakan capex hampir RM7 bilion pada tahun ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022

Axiata Group Bhd dalam proses untuk menyerahkan pekeliling penggabungan Celcom Axiata Bhd-Digi.com Bhd kepada Bursa Malaysia untuk memberi laluan kepada mesyuarat agung luar biasa pada November.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Axiata dalam proses serah pekeliling penggabungan Celcom - Digi kepada Bursa Malaysia
Pekeliling penggabungan akan diserahkan kepada Bursa Malaysia untuk memberi laluan kepada mesyuarat agung luar biasa pada November.