KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Axiata Group Bhd berkurangan kepada RM365.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM1.46 bilion pada tahun sebelumnya.
Perolehan susut kepada RM24.2 bilion daripada RM24.58 bilion sebelum ini terutamanya disebabkan impak sekatan perjalanan membabitkan pandemik COVID-19 yang memberikan cabaran kepada agihan dan kemampuan pasaran operasi, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Menurutnya kumpulan itu turut menerima kesan daripada susut nilai dan hapus kira aset ketara -- khususnya aset 3G -- berjumlah sehingga RM821.2 juta serta keuntungan sekali beri yang lebih rendah.
Pada taklimat media secara maya mengenai prestasi kewangan Axiata bagi tahun kewangan 2020 pada Khamis, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Izzadin Idris berkata, cabaran tetap wujud dalam tahun kewangan 2021 dengan petunjuk prestasi utama keseluruhan pertumbuhan rendah satu angka bagi perolehan dan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bagi tahun itu.
"Kami harus bersikap terbuka mengenai perkara ini. Pada permulaan suku pertama tahun lepas, kami menjangka 2020 akan menyebabkan kami terjejas, sebaliknya kami dalam keadaan baik dengan sebanyak RM865 juta yang mendasari PATAMI (keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti).
"Dengan mengambil kira situasi yang bertambah baik dan walau apa sahaja cabaran, saya berpendapat kami berupaya mempertahankan prestasi ini," katanya.
Bagi tahun kewangan 2020, beliau berkata PATAMI yang mendasari Axiata turun 9.4 peratus kepada RM865 juta, terutamanya disebabkan susut nilai dan pelunasan lebih tinggi, sumbangan rendah daripada Ncell dan edotco dan perbelanjaan pemasaran Axiata Digital (Boost) yang meningkat untuk menyokong usaha kerajaan bagi melaksanakan e-dompet.
Beliau berkata, antara usaha untuk meningkatkan daya tahan dan kecekapan rangkaian adalah inisiatif menamatkan 3G yang telah dilaksanakan pada tahun kewangan 2020 untuk menyokong pelaksanaan teknologi 4G yang lebih berkesan di samping menguruskan peningkatan permintaan data dan digital daripada pengguna.
Izzadin berkata susut nilai ketara aset 3G dan keuntungan sekali beri lebih rendah daripada penjualan hak M1 dan Idea serta pelupusan perniagaan digital bukan teras pada tahun kewangan 2019 telah menjejaskan PATAMI yang merosot kepada RM365.2 juta bagi tahun kewangan 2020.
Bagaimanapun, beliau berkata lembaran imbangan Axiata kekal kukuh pada akhir tahun dengan baki tunai yang tinggi sebanyak RM7.2 bilion dan nisbah hutang kasar kepada EBITDA pada 2.57 kali, memperkukuh kedudukannya untuk menangani ketidaktentuan ekonomi dan pandemik yang berlanjutan, yang dijangka berlaku pada 2021.
Beliau berkata peruntukan perbelanjaan modal (capex) yang optimum bagi tahun kewangan 2020 telah meningkatkan aliran tunai bebas dalam kedudukan yang baik sebanyak 73.1 peratus kepada RM3.3 bilion.
Izzadin berkata syarikat itu mengakui bahawa pasaran operasi masih berdepan cabaran meskipun pemulihan dijangka berlaku susulan usaha vaksinasi global.
Beliau berkata lembaga pengarah Axiata tetap berhati-hati dengan ketidaktentuan yang berlaku, namun yakin bahawa peningkatan pembayaran jangka panjang akan kekal kukuh.
Untuk itu, lembaga pengarah telah mengumumkan jumlah dividen tahun penuh sebanyak tujuh sen sesaham biasa termasuk dividen interim dua sen sesaham biasa bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2020.
Bagi tahun kewangan 2021, Izzadin berkata kumpulan itu telah memperuntukkan capex berjumlah RM6.5 bilion yang mencukupi berdasarkan penilaian ke atas unjuran permintaan bagi 2021 dari segi kapasiti rangkaian.
Kumpulan itu turut memberi tumpuan kepada pengurusan kos dan mengoptimumkan kecemerlangan operasi sebagai sebahagian daripada Axiata 5.0.
Beliau berkata Axiata akan turut memberi fokus untuk menjimatkan wang bagi tahun kewangan 2021 terutamanya melalui kecekapan capex dan pengurusan kos berdisiplin dalam kumpulan itu serta meningkatkan simpanan dana untuk digunakan semasa tempoh sukar dalam normal baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021
![Axiata catat untung bersih RM365 juta bagi tahun kewangan 2020 Axiata catat untung bersih RM365 juta bagi tahun kewangan 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61614270448_Axiata.jpg)
Lembaga pengarah Axiata tetap berhati-hati dengan ketidaktentuan yang berlaku, namun yakin bahawa peningkatan pembayaran jangka panjang akan kekal kukuh. -Gambar fail/ Reuters
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Axiata catat untung bersih RM365 juta bagi tahun kewangan 2020 Axiata catat untung bersih RM365 juta bagi tahun kewangan 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61614270448_Axiata.jpg)
Axiata catat untung bersih RM365 juta bagi tahun kewangan 2020
Keuntungan bersih Axiata Group Bhd berkurangan kepada RM365.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM1.46 bilion pada tahun sebelumnya.
![Axiata analisis kemungkinan kesan penggabungan Idea-Vodafone India Axiata analisis kemungkinan kesan penggabungan Idea-Vodafone India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51490017130_Axiata.jpg)
Axiata analisis kemungkinan kesan penggabungan Idea-Vodafone India
Axiata Group Bhd sedang menganalisis semua kemungkinan kesan daripada cadangan penggabungan Idea Cellular Ltd dengan Vodafone India.
![Pokemon GO tingkatkan jualan CelcomPay Pokemon GO tingkatkan jualan CelcomPay](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442826881_CelcomAxiataBerhad.jpg)
Pokemon GO tingkatkan jualan CelcomPay
Axiata Group Bhd mencatatkan peningkatan sebanyak 30% dalam perkhidmatan CelcomPay disebabkan lonjakan transaksi yang berkaitan dengan Pokemon GO, sejak permainan maya itu diperkenalkan di Malaysia.
![Azman Mokhtar terajui Khazanah hingga Mei 2019 Azman Mokhtar terajui Khazanah hingga Mei 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71447326192_TanSriAzmanMokhtar.jpg)
Azman Mokhtar terajui Khazanah hingga Mei 2019
Khazanah Nasional Bhd telah memperbaharui kontrak pekerjaan Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Jun, 2016 hingga 31 Mei, 2019.