Pelanggan Astro kini boleh mengakses dan memuat turun VOD (Video On Demand) kegemaran mereka bila-bila masa pada PVR B.yond dengan Astro Wi-Fi Dongle yang baru dilancarkan, dengan menambah akses internet Wi-Fi di PVR Astro B.yond.

Astro Wi-Fi Dongle memberikan akses mudah untuk pelbagai filem dalam koleksi Astro B.yond VOD, termasuk Astro First dan Astro Best – hanya menggunakan alat kawalan jauh anda.

Astro Wi-Fi boleh dibeli dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Astro pada harga RM110, atau harga istimewa RM50 untuk pelanggan ‘Super Pack’ dengan B.yond PVR.

Sebagai tawaran pengenalan, Astro menawarkan percubaan percuma perkhidmatan Astro B.yond VOD Catch-Up untuk semua PVRs B.yond sehingga 31 Januari 2013. Sebagai contoh, jika anda seorang pelanggan ‘Movie Pack’, anda akan dapat menonton filem yang ditawarkan di saluran itu melalui perkhidmatan Catch-Up.

Astro B.yond VOD adalah perkhidmatan penghantaran ‘Video-On-Demand’ melalui internet, dan menawarkan beratus-ratus pilihan filem yang tidak boleh didapati di saluran Astro - lantas memberikan pelanggan Astro lebih pilihan dan kawalan ke atas cara mereka menikmati hiburan.

Antara filem yang baru ditambah kepada Astro B.yond VOD seperti “Brave,” “The Odd Life of Timothy Green”, “The Proposal”, “Prince of Persia”, “Madea’s Witness Protection”, begitu juga filem Asia dan Bollywood “Chalte Chalte”, “Ashoka”, “The Mask of Love”, “The Zodiac Mystery”dan banyak lagi.

Antara yang menarik yang disediakan oleh Catch Up TV ialah “Oh My English,” Drama Cina Dan Korea seperti “Yes Captain”, “Ghetto Justice II” dan “Men With No Shadows” begitu juga rancangan kegemaran kanak-kanak seperti “Phineas and Ferb”, “Power Puff Girls” dan “Ben 10”

Untuk melanggan Astro Wi-Fi dongle, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan Astro di 1300-82-3838 atau layari www.astro.com.my/vod untuk maklumat lanjut.