Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) hari ini melancarkan perkhidmatan penstriman video baharu, NJOI Now, yang boleh dinikmati menerusi alat peranti mudah alih dan secara dalam talian.
Perkhidmatan ini memberi akses percuma kepada kandungan hiburan on demand termasuk box set, siaran langsung program sukan, dan berita terkini buat seluruh rakyat Malaysia.
NJOI Now direka untuk memenuhi gaya hidup digital pelanggan masa kini dengan menawarkan fleksibiliti penuh tanpa sebarang kerumitan.
NJOI Now merupakan satu-satunya aplikasi mudah alih di Malaysia yang menawarkan kandungan on demand, box set, program-program utama daripada saluran Astro Prima, Astro Maya HD, Astro Oasis, Astro AEC, Astro Vaanavil, program siaran langsung sukan terhebat di Astro Arena, berita terkini di Astro Awani dan juga program pendidikan di Astro Tutor TV secara percuma.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata sejak dilancarkan pada 2011, NJOI telah mencatatkan kadar langganan tinggi yang telah memberi manfaat kepada 1.8 juta isi rumah.
"Kami menjangkakan jumlah tontonan menerusi platform ini akan meningkat kepada 12 juta dalam masa terdekat ini.
"Hal ini selari dengan komitmen kami dalam memenuhi gaya hidup digital, sentiasa berhubung dan kehendak on demand para pelanggan kami.
"Dengan pelancaran NJOI Now, semua rakyat Malaysia dapat menikmati akses kepada kandungan secara dalam talian atau tanpa penggunaan talian internet di semua paparan, di rumah mahupun alat peranti mudah alih masing-masing," katanya pada Astro AWANI pada pelancaran aplikasi NJOI Now, di sini, hari ini.
Jelasnya lagi, perkhidmatan percuma itu termasuklah akses kepada lebih 2,200 kandungan, termasuklah box set filem dan drama, program pendidikan yang boleh dimuat turun dan disimpan untuk tontonan pada bila-bila masa, siaran langsung program sukan dan berita, e-dagang menerusi Go Shop dan juga saluran-saluran kegemaran penonton.
Malah, katanya, NJOI Now berjanji untuk terus memberikan yang terbaik buat pelanggannya dengan memberi kawalan, pilihan kandungan dan memastikan setiap pelanggan sentiasa berhubung.
Selain itu, NJOI Now menawarkan tontonan siaran langsung bagi program-program sukan di Astro Arena termasuklah Sukan SEA 2017, akses percuma kepada liga bola sepak di Astro Supersport1 bermula 11 hingga 31 Mei, berita terkini di Astro AWANI, kandungan pendidikan berkualiti tinggi di Astro Tutor TV, program Islamik yang progresif di Astro Oasis, rancangan variasi popular, drama televisyen dan program-program utama di Astro Prima, Astro Maya, Astro AEC dan Astro Vaanavil.
Dalam masa yang sama, pengguna boleh menikmati pengalaman membeli-belah di saluran Go Shop dan menonton semula episod-episod rancangan kegemaran, atau menonton seleksi filem on demand secara percuma.
Pengguna NJOI Now boleh juga mengakses kesemua box set drama Melayu terbaik seperti "Suri Hati Mr Pilot", "Isteri Tuan Ihsan", "Lara Aishah"; program variasi popular, "Meja Bulat Sepahtu"; drama epik Cina, "The Legend of Mi Yue", dan travelog Tamil "KL to KaraKaidu".
Senarai kandungan akan diperbaharui secara bulanan.
NJOI Now dilengkapi dengan enjin pintar yang akan memberi cadangan kandungan yang relevan buat pengguna individu.
NJOI Now juga mempunyai ciri-ciri muat turun yang membolehkan pengguna memuat turun kandungan terpilih untuk tontonan tanpa talian internet mahupun penggunaan data tambahan.
Buat individu yang mahukan akses kepada lebih variasi untuk kandungan premium, NJOI Now menawarkan pilihan prabayar untuk akses segera ke saluran dan kandungan tambahan, termasuklah Astro WARNA, Astro RIA, Astro Wah Lai Toi, Hua Hee Dai, filem terkini di Astro First dan Astro Best, dan pelbagai lagi daripada bahagian on demand.
Pengguna juga boleh membuat senarai tontonan sendiri, menikmati kandungan dalam paparan definisi tinggi dan mendapat lebih kandungan menerusi prabayar ‘pay as you use’ sedia ada NJOI Now yang membolehkan pengguna untuk membeli hanya kandungan yang dimahukan menerusi Prabayar NJOI daripada kedai-kedai atau kredit kad di aplikasi tersebut.
NJOI Now adalah terbuka buat semua rakyat Malaysia, dan boleh dinikmati di pelbagai peranti yang mana buat masa sekarang, seorang pengguna berdaftar boleh menonton pada dua alat peranti pada masa yang sama.
Muat turun aplikasi NJOI Now di Google Play Store dan Apple Store di tablet, telefon pintar atau strim secara langsung di njoinow.com.
Harits Asyraf Hasnan
Thu May 11 2017
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) hari ini melancarkan perkhidmatan penstriman video baharu, NJOI Now, yang boleh dinikmati menerusi alat peranti mudah alih dan secara dalam talian.
Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.
Hubungan Malaysia-Argentina dijangka terus mekar - Duta Nur Azman
Nur Azman menekankan kemajuan besar dalam kerjasama politik, ekonomi, dan sosiobudaya antara kedua-dua negara.
Rusia perkenal cukai pelancong baharu
Bermula 1 Januari 2025, pelancong yang menginap di hotel dan penginapan lain akan dikenakan tambahan satu peratus daripada kos penginapan mereka.
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Astro lancar penstriman video mudah alih percuma NJOI Now
Perkhidmatan ini memberi akses percuma kepada kandungan hiburan on demand, siaran langsung program sukan, dan berita terkini buat seluruh rakyat Malaysia.