Menteri Kewangan Arab Saudi, Ebrahim Al Assaf mengumumkan negara berkenaan bakal melaksanakan cukai nilai tambah (VAT) dalam dua tahun.
Menurut laporan berita tempatan Arab Saudi, Ebrahim menjangkakan kadar VAT pada sekitar 5%.
Langkah ini adalah untuk mengimbangi kesan harga minyak mentah yang menurun di pasaran global.
Kejatuhan harga minyak mentah di pasaran global telah mengakibatkan Arab Saudi hilang punca pendapatan untuk perbelanjaan negara tersebut.
Defisit bajet Arab Saudi melonjak kepada USD98 bilion pada 2015 berikutan penyusutan drastik harga minyak mentah dunia.
Menurut Riyadh, VAT akan diperkenalkan secara berperingkat dan dijangka dilaksanakan sepenuhnya dalam dua tahun.
Tambah beliau kadar 5% merupakan antara kadar terendah di peringkat global.
Kementerian Kewangan Arab Saudi mengumumkan VAT semasa membentangkan bajet 2016 selaras pelaksanaan cukai sama di Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Sementara itu, Setiausaha Kementerian Kewangan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Younis Haji Al Khoury, berkata UAE disasar melaksanakan VAT dalam jangka tiga tahun.
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mencadangkan UAE mempertimbangkan pelancaran VAT pada kadar 5%.
Kepelbagaian Pendapatan
Menurut Felo Utama Sekolah Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr John Antony Xavier pengumuman VAT dilihat sebagai usaha Riyadh mempelbagaikan pendapatan.
“Dengan memperkenalkan VAT, sumber pendapatan negara dipelbagaikan.
"Sumber pendapatan negara menjadi lebih luas dan tidak bergantung kepada minyak," kata beliau.
Tambah Antony, ini menunjukkan Arab Saudi sudahpun sedar ia tidak boleh bergantung hanya kepada sektor minyak dan gas bagi pendapatan kerajaan.
Beliau berkata langkah pelancaran VAT juga merupakan sebuah cara meningkatkan keyakinan pasaran kewangan.
“Dalam situasi ini, pasaran kewangan bimbang dengan cara Arab Saudi mengekalkan kedudukan pendapatannya dan perbelanjaan awam."
Tambahnya, IMF telah memberi amaran kepada Arab Saudi bahawa negaranya akan kehabisan tunai dalam 5 tahun jika tidak mengambil langkah yang sepatutnya.
Disember yang lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata Malaysia bernasib baik memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menghapuskan kesan kejatuhan harga minyak.
Tambahnya, pelaksanaan GST memberikan kerajaan kepelbagaian sumber dan tidak lagi terlalu bergantung kepada sektor berasaskan minyak dan gas.
Pritha Manivannan
Mon Jan 04 2016
![Arab Saudi bakal laksana VAT dalam 2 tahun Arab Saudi bakal laksana VAT dalam 2 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41451901807_SaudiArabia.jpg)
VAT akan diperkenalkan secara berperingkat dan dijangka dilaksanakan sepenuhnya dalam dua tahun - AFP
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739336227_TBULARSAWA.jpg)
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan naik 6.2 peratus
Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2024 dengan hasil mencecah RM627.9 bilion.
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Kadar kos tunai haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan - Ahmad Marzuk Kadar kos tunai haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan - Ahmad Marzuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632643870_AhmadMarzuk.jpg)
Kadar kos tunai haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan - Ahmad Marzuk
Kadar kos menunaikan ibadah haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
![Kos haji dijangka naik ke RM25,000 Kos haji dijangka naik ke RM25,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600428156_tawaf.jpg)
Kos haji dijangka naik ke RM25,000
Peningkatan itu belum lagi mengambil kira kos-kos tertentu melibatkan pelaksanaan SOP norma baharu kesan daripada pandemik COVID-19.
![11 putera Arab Saudi ditahan mengadakan bantahan 11 putera Arab Saudi ditahan mengadakan bantahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71478969059_SaudiArabiaFlag.jpg)
11 putera Arab Saudi ditahan mengadakan bantahan
Putera-putera Arab Saudi protes berhubung keputusan kerajaan yang menghentikan pembayaran bil air dan elektrik untuk anggota keluarga diraja.
![Kos tunai haji kekal RM9,980 - Tabung Haji Kos tunai haji kekal RM9,980 - Tabung Haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61479472679_TabungHaji.jpg)
Kos tunai haji kekal RM9,980 - Tabung Haji
TH sedia maklum dan mengambil kira faktor cukai nilai tambah tersebut dalam pengiraan kos operasi musim haji 1439 Hijrah/2018.