APPLE Inc meraikan ulang tahun ke-10 iPhone pada minggu ini, sekali gus mengimbas kenangan permulaan yang sukar bagi penghasilan peranti yang akhirnya mencetus revolusi telefon pintar.
Apple telah menjual lebih daripada satu bilion iPhone sejak 19 Jun 2007. Namun iPhone pertama, yang dilancarkan tanpa App Store dan terhad kepada rangkaian AT&T Inc, dihasilkan secara terhad berbanding versi hari ini.
Selepas jualan awal yang lembab, Apple telah menurunkan harga untuk merangsang jualan musim percutian pada tahun itu.
“Model perniagaan pada tahun pertama jualan iPhone sungguh lemah. Kami telah mengubah strategi dan mendapat penyelesaian pada tahun kedua,” ujar Tony Fadell, salah seorang pembangun peranti Apple tersebut.
Konsep iPhone mengejutkan ramai pihak sedekad yang lalu, walaupun Apple yang diketuai oleh CEO Steve Jobs, telah berkembang melampaui teknologi komputer menerusi iPod.
iPhone mencapai kemajuan pada tahun 2008 apabila Apple memperkenalkan App Store, yang membolehkan pembangun perisian mencipta dan mengedarkan aplikasi mudah alih, sementara Apple mengambil sebahagian daripada pendapatan.
Sepuluh tahun kemudian, pendapatan perkhidmatan merupakan bidang pertumbuhan penting untuk Apple, yang meraih pendapatan sebanyak AS$24.3 juta pada tahun lepas.
MODEL BARU
Peminat dan pelabur kini memandang ke hadapan untuk keluaran iPhone 8 sempena ulang tahun ke-10. Dijangka diperkenalkan pada musim luruh ini, ramai tertanya-tanya sama ada ia bakal dilengkapi ciri baharu untuk menarik perhatian pengguna.
Telefon baharu itu mungkin menerapkan sensor pemetaan 3-D, sokongan untuk aplikasi realiti augmentasi yang menggabungkan dunia maya dan sebenar, serta paparan baharu dengan LED organik, yang ringan dan fleksibel, menurut penganalisis di Bernstein Research.
Sedekad selepas dilancarkan ke dalam pasaran yang sebahagian besarnya dikuasai peranti Blackberry dan Microsoft, iPhone kini bersaing dengan telefon bimbit yang dibangunkan melalui perisian Android Google, yang diedarkan kepada Samsung Electronics dan pengeluar lain di seluruh dunia.
Walaupun sebahagian besar telefon pintar di dunia kini menggunakan perisian Android, Apple masih menjana keuntungan yang paling banyak dalam industri meskipun perantinya lebih mahal.
Lebih daripada dua bilion orang kini mempunyai telefon pintar, menurut data daripada eMarketer, dan Fadell, yang pernah bekerja untuk Apple dan Alphabet.
“Kemampuan untuk mendemokrasikan pengkomputeran dan komunikasi di seluruh dunia sungguh mengagumkan.
“Saya berasa sungguh bangga kerana itulah yang dilakukan oleh Steve dengan Apple II dan Mac, yang merupakan komputer untuk kita. Akhirnya, ia di sini, 30 tahun kemudian," ujar Fadell.
Agensi
Thu Jun 29 2017
![Apple raikan ulang tahun ke-10 iPhone Apple raikan ulang tahun ke-10 iPhone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41498703876_SteveJob.jpg)
Steve Jobs sewaktu memperkenalkan iPhone di San Francisco, California pada 9 Januari, 2007. - REUTERS/Kimberly White
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Suruhanjaya Eropah lancar siasatan ke atas App Store Suruhanjaya Eropah lancar siasatan ke atas App Store](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719225623_EuropeanCommission.jpg)
Suruhanjaya Eropah lancar siasatan ke atas App Store
Suruhanjaya Eropah akan meneliti amalan gergasi teknologi itu mengenakan bayaran kepada gedung aplikasi alternatif dan pembangun aplikasi setiap kali pengguna iPhone memasang perisian mereka.
![Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718000969_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK
Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi (APK) susulan dua lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di Pulau Pinang dan Johor pada Rabu lepas.
![Windows 11 henti sokong aplikasi Android bermula 2025 Windows 11 henti sokong aplikasi Android bermula 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709699281_TBWindowsjpg.jpg)
Windows 11 henti sokong aplikasi Android bermula 2025
Aplikasi yang telah dipasang akan boleh terus digunakan.
![Apple dilapor akan menawarkan App Store berbeza di EU yang menyokong Sideloading Apple dilapor akan menawarkan App Store berbeza di EU yang menyokong Sideloading](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705399468_TBApplejpg.jpg)
Apple dilapor akan menawarkan App Store berbeza di EU yang menyokong Sideloading
Hanya EU akan menerima stor berbeza ini kerana di pasaran lain tidak ada RUU seperti DMA dikuatkuasakan.
![Apple tidak berhasrat keluarkan Twitter dari App Store - Elon Musk Apple tidak berhasrat keluarkan Twitter dari App Store - Elon Musk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51667026214_ElonMusk.jpg)
Apple tidak berhasrat keluarkan Twitter dari App Store - Elon Musk
Spekulasi itu didorong laporan bahawa eksekutif Apple Phil Schiller meninggalkan Twitter susulan pembaharuan yang dibuat Musk.
![Ada apa dengan Windows 11 yang baru dilancarkan? Ada apa dengan Windows 11 yang baru dilancarkan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624562096_Microsoft.jpg)
Ada apa dengan Windows 11 yang baru dilancarkan?
Windows 11 akan memasuki pasaran pada penghujung tahun ini namun versi beta akan mula diluncurkan mulai minggu depan kepada pengguna.
![Disney Plus Hotstar: 800 filem, 18,000 episod box-office boleh mula ditonton Disney Plus Hotstar: 800 filem, 18,000 episod box-office boleh mula ditonton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622527925_Disney.jpg)
Disney Plus Hotstar: 800 filem, 18,000 episod box-office boleh mula ditonton
Astro dapat memberikan tawaran terbaik kepada pelanggannya dan bagi pelanggan Movies Pack, mereka akan menikmati akses ke aplikasi dan laman rasmi Disney Hotstar.
![APM guna TracVirus permudah pantau kemasukan individu ke Malaysia APM guna TracVirus permudah pantau kemasukan individu ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613945077_APM.jpg)
APM guna TracVirus permudah pantau kemasukan individu ke Malaysia
TracVirus boleh menjejaki kedudukan individu secara langsung mengikut masa sebenar, berbeza dengan aplikasi MySejahtera yang menunjukkan sejarah perjalanan terakhir seseorang.
![COVID Trace mudahkan proses jejak kontak rapat individu positif COVID-19 COVID Trace mudahkan proses jejak kontak rapat individu positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589547549_COVIDTRACESARAWAK.jpg)
COVID Trace mudahkan proses jejak kontak rapat individu positif COVID-19
Aplikasi ini bagaimanapun katanya memerlukan penyertaan seramai mungkin warga Bumi Kenyalang bagi membolehkan setiap pertemuan dapat dijejaki.
![Aplikasi Gago Instant Job, permudah cara jalani kemudahan Aplikasi Gago Instant Job, permudah cara jalani kemudahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563593141_Gago.jpg)
Aplikasi Gago Instant Job, permudah cara jalani kemudahan
Gago Instant Job, mengumpulkan penggiat industri dalam pelbagai sektor menerusi satu platform.