SEPANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menggunakan aplikasi TracVirus untuk mendapatkan data bagi memantau semua individu yang memasuki negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Khas Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Beliau berkata penggunaan aplikasi yang dibangunkan syarikat tempatan, Tri-G Technologies Sdn Bhd itu juga akan mempercepatkan proses kemasukan pelawat yang sebelum ini perlu mengisi borang secara manual termasuk maklumat kesihatan seperti keputusan saringan COVID-19.
Katanya aplikasi itu akan melalui tempoh percubaan selama dua minggu bermula esok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi melihat keberkesanannya sebelum diperluaskan ke pintu-pintu masuk lain ke Malaysia, sekali gus menggalakkan gelembung perjalanan.
"Sistem ini boleh menjejaki kedudukan (individu) secara live (langsung) mengikut masa sebenar, berbeza dengan aplikasi MySejahtera yang menunjukkan sejarah perjalanan terakhir seseorang," katanya selepas meninjau operasi keselamatan APM di KLIA, di sini, pada Ahad.
Mohd Redzuan berkata beliau juga telah berbincang dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkara itu terutamanya aspek perkongsian data bagi memudahkan tugas APM.
Katanya aplikasi itu boleh dimuat turun di Google Play Store dan App Store serta boleh digunakan dalam lapan bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Thailand, Korea, Jepun, Indonesia dan Arab.
Mengenai operasi APM di KLIA, Mohd Redzuan berkata pasukan itu menempatkan seramai 44 petugas setiap hari yang antara lain berperanan memberi penerangan kepada pelawat mengenai proses kemasukan di pintu masuk utama negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 21 2021

Mohd Redzuan Yusof (kanan) beramah mesra ketika membuat lawatan ke KLIA bagi melihat operasi keselamatan APM. -Bernama

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang
Orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan berada berdekatan lokasi itu, serta memberi kerjasama dengan memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Banjir di Melaka hampir pulih
Banjir yang melanda Melaka sejak Khamis kini hampir pulih, dengan hanya sembilan mangsa masih berada di PPS setakat 8 pagi ini.

Wanita dipatuk ular ketika redah banjir
Seorang wanita warga emas terpaksa menahan kesakitan selama beberapa jam selepas tangannya dipatuk ular ketika meredah banjir untuk keluar dari rumahnya di Kampung Kauran, Keningau.

APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.

Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.

APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.

APM Besut tangkap ular sawa batik seberat 130kg
Seekor ular sawa batik seberat 130 kilogram ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Besut di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Jertih.

Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

Banjir: Orang ramai diingatkan jangan sebar ramalan cuaca tidak tepat - APM
Aanggota dan aset APM siap siaga hadapi episod ketiga luruan monsun yang mengakibatkan hujan berterusan bermula minggu depan di timur Semenanjung.

Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi APM bagi tujuan penyelarasan.