Lebih banyak aplikasi pejabat jarak jauh dijangka dilancarkan dalam tempoh terdekat selain menjadi semakin penting untuk kesinambungan perniagaan memandangkan ramai sudah terbiasa bekerja dari rumah serta belajar secara dalam talian berikutan COVID-19, menurut Alibaba Cloud Intelligence.
Pengurus Besar (Malaysia dan Thailand), Jordy Cao berkata transformasi teknologi makumat (IT) akan lebih pesat berikutan COVID-19 bagi sebilangan syarikat yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan untuk menggerakkan perkhidmatan secara pantas.
Beliau berkata selain itu syarikat juga dapat mengelakkan daripada menunggu untuk penambahan perkakas serta penyepaduan perisian, terutama apabila peruntukan IT adalah terhad.
"Ramai akan lebih memahami kecerdasan buatan (AI). Ia bukan hanya di makmal malah tersedia dan boleh memberi manfaat untuk kehidupan seharian kita.
"Contohnya, penyelesaian Alibaba Cloud AI, yang telah digunakan oleh beberapa hospital di China dan negara lain untuk membantu mengesan virus COVID-19," katanya kepada Bernama hari ini.
Selain itu, beliau berkata tingkah laku bekerja individu telah berubah daripada terlalu bergantung kepada komunikasi bersemuka tradisional kepada pesanan segera dan persidangan video/suara sebagai sebahagian kaedah kerja jarak jauh semasa penularan wabak itu.
"Bukan sahaja berkomunikasi antara satu sama lain secara dalam talian malah mereka juga melaksanakan pengurusan projek, menjalankan latihan serta bermesyuarat malah jamuan juga menerusi aplikasi komunikasi maya untuk mengekalkan produktiviti dan sampai satu peringkat demi kesejahteraan mental," katanya.
Sementara itu, Cao berkata platform kerja pintar Alibaba, DingTalk, telah menyampaikan persidangan video berdefinisi tinggi dan penyiaran langsung dengan tempoh pendam yang rendah dalam keadaan permintaan terhadap telekomunikasi melonjak sejak beberapa bulan lepas.
"Kira-kira 10 juta perusahaan di China telah menggunakan DingTalk untuk bekerja secara jarak jauh dan lebih 120 juta pelajar di seluruh China mengikuti kelas dalam talian melalui DingTalk ketika penularan COVID-19," katanya.
Beliau berkata organisasi lain yang menggunakan DingTalk ialah Papparich, yang menggunakan platform itu untuk mengedarkan video latihan dan memo syarikat kepada semua cawangannya.
Touch 'n Go eWallet pula menyepadukan proses kejuruteraan perisian di dalam platform untuk memberi amaran dan pemberitahuan pada masa sebenar kepada pasukan kejuruteraan mereka bagi meningkatkan kecekapan keseluruhan proses kejuruteraan, katanya.
"Touch 'n Go eWallet juga menggunakan DingTalk untuk menguruskan pelbagai proses perniagaan seperti keperluan perniagaan, perubahan permintaan, tambalan data serta alir kerja kelulusan bagi kemas kini kejuruteraan pembaikan pantas," katanya.
Cao berkata alir kerja kelulusan di DingTalk amat fleksibel memandangkan platform itu membenarkan pelanggan melakukan konfigurasi secara kendiri mengikut keperluan masing-masing.
"Ini dibolehkan menerusi teknologi, walaupun kita tidak boleh bersemuka namun kami merasakan dapat bersama-sama," katanya.
Alibaba Cloud Intelligence merupakan cabang perniagaan pengkomputeran awan firma e-dagang utama China, Alibaba Group.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 14 2020

Semasa penularan wabak itu, pekerja telah beralih kepada pesanan segera dan persidangan video/suara sebagai sebahagian kaedah kerja jarak jauh. - Gambar hiasan

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Mac 2025]
Fokus #AWANIpagi 1 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.

Aplikasi pejabat jarak jauh penting bagi perniagaan - Alibaba Cloud Intelligence
Teknologi makumat akan lebih pesat berikutan COVID-19 bagi sebilangan syarikat yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan.