JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa pemimpin ASEAN untuk memberi penekanan kepada penyepaduan ekonomi yang lebih kukuh dalam perkumpulan itu dan berusaha bersungguh-sungguh membangunkan kerangka ekonomi serantau yang dinamik, inklusif, mampan dan berdaya tahan.
Beliau berkata perdagangan sesama ASEAN, yang kini hanya berada pada 22.3 peratus daripada jumlah perdagangan ASEAN harus ditingkatkan dan penyusunan strategik yang lebih besar perlu dilakukan untuk meningkatkan penyepaduan pasaran.
"ASEAN juga harus memudahkan pergerakan barangan, modal, tenaga kerja mahir dan perkongsian teknologi dalam kalangan negara anggota dan rakan luarnya.
"Kerjasama dengan rakan luar untuk menyumbang ke arah matlamat ini juga perlu dipertingkat," katanya pada sesi Pleno Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43, yang diadakan, di sini, hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia bersedia untuk menyumbang melalui Rangka Kerja Ekonomi MADANI yang merangkumi langkah-langkah ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menggalakkan pelaburan, dan mengukuhkan industri untuk menjadi lebih inovatif, berdaya saing, dan mampu berkembang ke pasaran serantau dan global.
Menurut Perdana Menteri, ASEAN telah mencapai kemajuan sosio-ekonomi yang belum pernah dicapai sebelum ini, daripada mengurangkan tahap kemiskinan hinggalah kepada meningkatkan perdagangan antara wilayah dan memajukan inovasi teknologi.
Beliau berkata perkumpulan itu mempunyai gabungan keluaran dalam negara kasar berjumlah hampir AS$3 trilion (AS$1=RM4.65) walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global, menjadikan blok itu sebagai ekonomi kelima terbesar di dunia dan diunjurkan menjadi yang keempat terbesar menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
ASEAN harus mudahkan pergerakan barangan, modal, tenaga kerja mahir dan perkongsian teknologi dalam kalangan negara anggota dan rakan luar. - Sekretariat ASEAN
Agenda AWANI: #VM2026: Magnet pelancongan serantau
Sejauh mana optimisnya kemampuan Malaysia untuk capai sasaran 35.6 juta pelancong antarabangsa menerusi kempen Visit Malaysia 2026? Apa strategi untuk pastikan pelancongan mampan dan berimpak tinggi dalam VM2026 ini? Diskusi 9 malam
Polis sahkan terima barang kes perlanggaran pelajar tingkatan lima
Kesemua bahan bukti itu diambil daripada Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Jong Pit Chao pada 16 Dis 2023 iaitu selepas hari kejadian perlanggaran.
AWANI Ringkas: Dua guru tadika minta dibicarakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 7 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 Januari 2025
1️⃣ Dua guru tadika minta dibicarakan
2️⃣ Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kilogram dadah
3️⃣ Enam pemeriksa kenderaan antara lapan ditahan SPRM
#awaniringkas
1️⃣ Dua guru tadika minta dibicarakan
2️⃣ Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kilogram dadah
3️⃣ Enam pemeriksa kenderaan antara lapan ditahan SPRM
#awaniringkas
Agenda AWANI: JS-SEZ: Kerjasama unik, saling untung
Bagaimana Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat mengubah dinamik ekonomi rentas sempadan dan apa mekanisme yang diperlukan untuk memastikan limpahan ekonomi yang berkesan dan kerjasama saling untung buat Malaysia dna Singapura? Diskusi 8.30 malam
Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Jumlah kematian akibat nahas udara global meningkat mendadak pada 2024, dengan 334 orang terkorban dalam kemalangan membabitkan penerbangan awam.
Menjelang pendakwaan, tahap keselamatan penjara dipertingkat
Wakil Astro AWANI Kelantan turun padang masuk ke Narathiwat, Selatan Thailand bagi melihat pelbagai aspek dan sudut khususnya mengenai keselamatan penjara menjelang pendakwaan enam rakyat Malaysia yang ditahan kerana kes dadah dan bakal didakwa 14 Januari ini.
Bekas pramugara dan dua rakan dipenjara seumur hidup, edar, tanam ganja
Mereka didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 707.05 gram dan menanam pokok ganja, empat tahun lepas.
WFP kecam serangan Israel terhadap konvoinya di Gaza
Sebuah konvoi WFP jelas memaparkan logonya dan membawa lapan anggota ditembak tentera Israel berhampiran Wadi Gaza walaupun mendapat kelulusan awal.
Malaysia, Singapura akan saling bantu bina hubungan dengan negara luar
Malaysia dan Singapura akan terus membantu antara satu sama lain membina hubungan lebih baik dengan negara luar.
PM Singapura berlepas pulang
Wong diberikan upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.
Anwar rai rakan sejawat Lawrence Wong dalam majlis makan tengah hari
Sebagai jiran rapat dan anggota pengasas ASEAN, Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan yang lama, luas, dan pelbagai bidang.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura unik, kerjasama dua negara tarik pelaburan global - PM Anwar
Kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama JS-SEZ, enam memorandum persefahaman (MoU), dan satu surat niat (LOI) mengenai pelbagai bidang.
Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi
Ketibaannya disambut Anwar pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.
Mustahil Anwar tidak tahu kewujudan Titah Adendum - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu, sebagai seorang Perdana Menteri, Anwar terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada Agong serta Perlembagaan Persekutuan.
PM mahu semua kementerian tumpu tingkat keupayaan bidang pelancongan, pelaburan, ekonomi
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap negeri dan daerah di Malaysia mempunyai kekuatan masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong.
TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dilaksanakan dengan berteraskan dua tonggak utama iaitu Pelancongan Berimpak Tinggi dan Pelancongan Mampan.