KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad mengumumkan peletakan jawatan Sharifah Sofia Syed Mokhtar Shah sebagai Pengarah Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa 20 Disember 2022.
Sharifah Sofia telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat pada 13 April 2018.
Selepas berkhidmat dalam Lembaga Pengarah selama hampir lima tahun, Sharifah Sofia ingin meneruskan minat dalam pelaburan pasaran baru muncul, industri yang beliau terdedah sebelum ini, setelah memulakan kerjayanya sebagai seorang penganalisis musim panas di Morgan Stanley, Singapura.
Beliau juga merupakan Perunding Luar kepada Yayasan Bill & Melinda Gates dari Oktober 2015 hingga Mei 2016.
Sharifah Sofia juga pernah berkhidmat dengan Grameen Bank, Bangladesh di mana beliau memperoleh pengalaman dalam bidang kewangan mikro dan operasi perniagaan sosial.
Menurut Pos Malaysia, beliau memegang jawatan eksekutif dalam syarikat apabila beliau menyertai Pos Malaysia sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ketika itu dari Januari hingga Oktober 2017.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dari University of York, United Kingdom, seterusnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Pembangunan dari London School of Economics and Political Science dan juga merupakan Pelatih Kongres di Washington DC, Amerika Syarikat.
"Sharifah Sofia telah memberi sumbangan yang besar kepada Kumpulan melalui input dan pandangan berharga beliau dalam banyak bidang dengan perspektif yang bertenaga dan sudut pandangan yang menyegarkan.
"Lembaga Pengarah dan Pengurusan Pos Malaysia merakamkan penghargaan mereka dan mendoakan yang terbaik untuk beliau pada masa hadapan," kata Pos Malaysia. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Nov 30 2022
![Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary lepaskan jawatan Lembaga Pengarah Pos Malaysia Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary lepaskan jawatan Lembaga Pengarah Pos Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669768915_POSMMALAYSIA.jpg)
Sharifah Sofia pernah berkhidmat dengan Grameen Bank, Bangladesh di mana beliau memperoleh pengalaman dalam bidang kewangan mikro dan operasi perniagaan sosial. - Foto DagangNews
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Ketua Liga Arab tegas ingatkan "Gaza bukan untuk dijual"
Setiausaha Agung Liga Arab menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual''.
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739487963_AsmatKamaludin.jpg)
Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16 Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739464331_tbBersatu.jpg)
Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary lepaskan jawatan Lembaga Pengarah Pos Malaysia Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary lepaskan jawatan Lembaga Pengarah Pos Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669768915_POSMMALAYSIA.jpg)
Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary lepaskan jawatan Lembaga Pengarah Pos Malaysia
Sharifah Sofia ingin meneruskan minat dalam pelaburan pasaran baru muncul, industri yang beliau terdedah sebelum ini.
![Pengarah Bukan Eksekutif di salah sebuah subsidiari kumpulan AmBank disahkan positif COVID-19 Pengarah Bukan Eksekutif di salah sebuah subsidiari kumpulan AmBank disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583739496_COVID.jpg)
Pengarah Bukan Eksekutif di salah sebuah subsidiari kumpulan AmBank disahkan positif COVID-19
Langkah pencegahan sedang diambil bagi mengawal penyebaran.
![AirAsia X lantik Nadda Buranasiri sebagai CEO Kumpulan AirAsia X lantik Nadda Buranasiri sebagai CEO Kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51541112350_NaddaBuranasiri.jpg)
AirAsia X lantik Nadda Buranasiri sebagai CEO Kumpulan
Syarikat penerbangan tersebut turut mengumumkan pelantikan semula Kamarudin dan Fernandes sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.