KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank Research menjangkakan harga bahan binaan kekal tinggi didorong oleh konflik Rusia-Ukraine yang mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan.
Firma itu berkata,menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), harga bar keluli meningkat sebanyak 11% kepada RM3,450 satu tan pada Mei 2022 berbanding RM3,100 satu tan pada Mei 2021.
Jabatan Perangkaan melaporkan harga simen melonjak sebanyak 10% kepada RM18.81 setiap 50kg pada Mei 2022 daripada RM17.15 bagi setiap 50kg pada Mei 2021.
"Klausa variasi harga (VOP) diperkenalkan semula untuk kontrak kerajaan pada Julai 2021 yang membolehkan kontraktor membuat tuntutan terhadap turun naik kos kerana kebanyakan projek swasta tidak mempunyai peruntukan sedemikian untuk pesanan variasi.
"Walaupun kontraktor dapat menggabungkan kenaikan kos untuk projek baharu dalam bentuk peningkatan nilai kontrak, kos yang lebih tinggi masih akan membawa kepada modal kerja yang lebih tinggi," katanya dalam satu nota kajian, semalam.
Firma itu berkata, keadaan fiskal kerajaan dibebani oleh kesan ekonomi pandemik dan perbelanjaan bantuan besar-besaran untuk menampung kesannya.
Bagaimanapun firma itu percaya, pelancaran projek infrastruktur awam kemungkinan besar akan menggunakan struktur pembiayaan swasta yang akan mengurangkan perbelanjaan modal kerajaan.
"Ia bermaksud kontraktor utama perlu mengambil risiko lebih tinggi untuk mengambil bahagian dalam pembiayaan projek," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' untuk sektor pembinaan kesan daripada kenaikan harga bahan binaan, penangguhan projek mega dan peningkatan risiko operasi berdasarkan model pembiayaan hibrid.
"Kami mungkin akan menaikkan penarafan sektor itu kepada 'overweight' sekiranya tekanan kos bahan binaan menurun dan kerajaan mengambil keputusan melaksanakan projek infrastruktur awam utama," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Jun 14 2022
AmInvestment Bank Research mengekalkan saranan 'neutral' untuk sektor pembinaan kesan daripada kenaikan harga bahan binaan, penangguhan projek mega dan peningkatan risiko operasi berdasarkan model pembiayaan hibrid. - Gambar hiasan
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.