KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pagi ini apabila aktiviti pengambilan untung sederhana muncul dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di bursa serantau, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KCI (FBM KLCI) susut 0.84 mata kepada 1,455.54 daripada penutupan Jumaat 1,456.38.

Indeks penanda aras dibuka 1.41 mata lebih lemah pada 1,454.97.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului untung 150 berbalas 148, manakala 253 kaunter tidak berubah, 1,771 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 174.68 juta unit bernilai RM72.15 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng menjangkakan pembelian dalam saham tempatan akan muncul didorong oleh penilaian yang menarik dan sokongan berterusan daripada dana asing.

"Namun begitu, kami juga tidak menolak kemungkinan aktiviti pengambilan untung sepanjang hari," katanya kepada Bernama sambil menambah indeks penanda aras dijangka bergerak dalam julat 1,450-1,460 untuk hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM9.04, CIMB menokok enam sen menjadi RM5.83 manakala Public Bank turun dua sen kepada RM4.30, Tenaga Nasional susut tiga sen kepada RM9.99 dan Petronas Chemicals merosot lapan sen untuk mencatatkan harga RM7.12.

Bagi saham paling aktif, Sapura Energy, Fintec Global, Mercury Securities dan Green Packet, kesemuanya tidak berubah pada 4.5 sen, one sen , 38 sen dan 4.5 sen manakala Sarawak Consolidated meningkat satu sen kepada 78 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 2.65 mata pada 10,728.31, Indeks FBMT 100 meraih 1.35 mata kepada 10,396.13 dan Indeks FBM 70 peroleh 34.13 mata kepada 14,082.18.

Indeks FBM ACE meningkat 5.56 mata kepada 5,138.72 manakala Indeks FBM Emas Syariah berkurangan mengurangkan 15.25 mata kepada 10,862.33.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 40.18 mata kepada 16,419.75, Indeks Perladangan lebih kukuh pada 6,991.61, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.08 mata kepada 170.91 dan Indeks Tenaga susut 2.08 mata kepada 813.52.

-- BERNAMA