KUALA LUMPUR: Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang dicadangkan akan memberi isyarat jelas kepada pasaran dan menetapkan rangka kerja tadbir urus yang baik untuk kewangan awam, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Beliau berkata terdapat keperluan untuk mengawal selia cara negara membelanjakan wang melalui perundangan justeru, cadangan FRA dijangka dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat.
"Rancangan dan idea untuk FRA telah ada dan ramai yang bercakap mengenainya, semua pihak mengakui (bahawa) tadbir urus tidak seharusnya diperkatakan sahaja tetapi perlu ada rangka kerja.
"Ia adalah ciri penting bagi perkara yang perlu kita lakukan untuk memperkukuh ekonomi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis penghargaan Pihak Berkepentingan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) di sini, malam tadi.
Beliau berkata tumpuan kerajaan pada masa ini berasaskan tiga aspek iaitu mengukuhkan kedudukan fiskal negara, meningkatkan hasil dan menstrukturkan ekonomi.
"Masalah kita pada masa lepas pada asasnya adalah cara kita membelanjakan wang kita. Berlandaskan FRA, ia akan mengharmonikan dan (memupuk) disiplin untuk memberi panduan kepada seluruh jentera kerajaan sehingga ke peringkat bawah," katanya.
Rafizi berkata Kementerian Kewangan bertanggungjawab untuk membentangkan FRA manakala kementeriannya yang menguruskan perbelanjaan pembangunan akan memberi input mengenai rang undang-undang yang dicadangkan itu.
Pada 24 Feb, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa pembentangan Belanjawan 2023 yang disemak semula, mengesahkan bahawa kerajaan akan membentangkan FRA tahun ini untuk memastikan tahap ketelusan yang lebih tinggi dan pengurusan ekonomi yang lebih bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Rafizi berkata terdapat keperluan untuk mengawal selia cara negara membelanjakan wang melalui perundangan, justeru cadangan FRA dijangka dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat. - Gambar fail
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.
Kerajaan ada ruang untuk optimumkan perbelanjaan - Rafizi
Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaannya walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Malaysia amal perdagangan terbuka, terdedah kepada kesan ketidaktentuan ekonomi global - Rafizi
Rakyat perlu memahami bahawa Malaysia adalah negara yang mengamalkan perdagangan terbuka dan terdedah kepada kesan daripada ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Naratif kukuh kerajaan dorong ringgit antara mata wang berprestasi terbaik dunia - Rafizi
Rafizi berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranya semua pihak memfokuskan untuk meningkatkan prestasi ringgit.
RMK13 tumpu usaha rapat jurang sosioekonomi ikut negeri, utamakan kebajikan rakyat
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menumpukan usaha merapatkan jurang sosioekonomi dan pembangunan mengikut negeri serta wilayah secara bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.
Fitnah seleweng duit kementerian, Rafizi saman Wan Ahmad Fayhsal
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bakal memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan dakwaan menyeleweng duit kementerian.
Rafizi tinjau status terkini projek Kerajaan Persekutuan di Perlis
Menurut kenyataan Istana Arau, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Rafizi petang semalam.
RMK-13 akan cerminkan RMK-1, tumpuan kepada turutan dasar - Rafizi
Rafizi berkata, merangka rancangan lima tahun itu adalah tugas yang kompleks berikutan transformasi ekonomi negara yang ketara, yang disifatkan beliau sebagai 'pangsi kepelbagaian.'