BUSAN: AirAsia X Bhd (AAX), syarikat penerbangan gabungan jarak sederhana AirAsia Aviation Group, merancang untuk mengadakan tujuh penerbangan ke Busan setiap minggu menjelang akhir tahun bagi mengukuhkan kedudukannya di Korea Selatan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, syarikat penerbangan tersebut yang memulakan semula operasinya di bandar pelabuhan terbesar di negara itu hari ini, kini mengendalikan tiga penerbangan secara terus setiap minggu dari Kuala Lumpur ke Busan.
"Busan memainkan peranan penting dalam merangsang permintaan baharu dan mengukuhkan AAX sebagai peneraju pasaran di Asia Utara melalui tambang bernilai terbaik serta memacu persaingan yang lebih hebat dalam pasaran sejak memulakan laluan itu pada 2013
"Oleh itu, kami menyasarkan untuk membawa lebih 200,000 tetamu ke dan dari Busan, ia jauh lebih baik daripada tahap prapandemik pada 2019 sejurus pembukaan semula sempadan antarabangsa," katanya sempena penyambungan semula penerbangan AAX ke Busan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae hari ini.
Penerbangan sulung tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 2:10 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae pada 9:00 pagi.
"Kami akan terus mencari peluang pengembangan pada masa hadapan dan bekerjasama dengan Pertubuhan Pelancongan Busan (BTO) untuk mempromosikan destinasi itu secara global dan menggiatkan industri pelancongan di Busan," kata Benyamin.
Busan ialah laluan AirAsia X kedua ke Korea Selatan selepas melancarkan penerbangan ke Seoul pada April tahun lalu.
Benyamin yakin laluan syarikat penerbangan tambang rendah ke Busan itu akan dapat mencapai tahap 85 peratus faktor muatan untuk suku pertama tahun ini.
Memandangkan permintaan perjalanan meningkat semula, beliau berkata beberapa destinasi baharu akan diperkenalkan, khususnya melibatkan rantau Asia Utara, termasuk bandar-bandar utama di China, Korea Selatan dan Jepun.
Sementara itu, Presiden BTO, Jung-Sil Lee berkata, memulakan semula perkhidmatan ini menyokong misi untuk membina asas pelancongan mampan dan menyokong sektor pelancongan Busan yang terkenal dengan sejarah, budaya, juadah serta seni tempatannya.
"Busan juga turut dinamakan sebagai salah satu daripada '25 Destinasi Pelancongan Terbaik di Duniapada 2023' oleh National Geographic berikutan bandarnya yang mempunyai budaya dan tawaranpelancongan yang menakjubkan.
"Kami sentiasa bersedia untuk menerima pelawat Malaysia yang datang ke sini dan kami terus meningkatkan lagi tempat solat untuk orang Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023
AirAsia X merancang untuk mengadakan tujuh penerbangan ke Busan setiap minggu menjelang akhir tahun bagi mengukuhkan kedudukannya di Korea Selatan. - Gambar fail/BERNAMA
Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah
Belanjawan Sabah 2025 dan Belanjawan 2025 peringkat Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bagi memajukan sektor keusahawanan di negeri ini.
YNS peruntuk lebih RM3 juta Anugerah Siswazah Kelas Pertama
Yayasan Negeri Sembilan (YNS) memperuntukkan lebih RM3 juta, kepada 618 siswazah penerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama tahun ini.
AWANI Tonight: 18 Nov 2024
#AWANITonight 18 Nov 2024 with Saraya Mia
- RON95 subsidy eligibility to depend on size of households, number of cars
- ASEAN: Malaysia leads carbon framework development
#AWANIEnglish #AWANINews
- RON95 subsidy eligibility to depend on size of households, number of cars
- ASEAN: Malaysia leads carbon framework development
#AWANIEnglish #AWANINews
Undang-undang buruh Malaysia tidak terpakai di negara asing - Mohamad Alamin
Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang buruh serta undang-undang hak asasi manusia termasuk pemerdagangan orang di negara berkenaan.
Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun
Penempatan guru menerusi pengambilan khas untuk Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Pendidikan kunci untuk pupuk budaya ketelusan, integriti - KSN
Mendidik rakyat tentang rasuah penting untuk memupuk budaya ketelusan, akauntabiliti dan integriti, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Polis Terengganu rampas syabu RM6 juta dalam Toyota Vellfire
Polis merampas 200 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM6 juta yang dijumpai dalam kenderaan Toyota Vellfire di tepi jalan di Kampung Guntong Luar di sini Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga emas maut ketika tukar tayar kereta di LKSA
Tindakan seorang lelaki warga emas menghentikan keretanya di bahu jalan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) untuk mengambil tayar ganti di but, berakhir dengan tragedi.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.