AirAsia X menerima kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan untuk penerbangan ke Amerika Syarikat (AS).
Ia sekali gus menjadikan AirAsia X sebagai syarikat penerbangan tambang rendah Asia pertama yang memperoleh kelulusan untuk mengendalikan penerbangan penumpang berjadual ke negara berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun berkata kelulusan tersebut membolehkan syarikat penerbangan tambang rendah dan jarak jauh sekutu AirAsia itu mengendalikan perkhidmatan ke mana-mana destinasi di AS.
"Ini merupakan pencapaian besar bagi AirAsia X.
"Sehingga kini, perluasan syarikat menumpukan Asia, Australasia serta Asia Barat, dan kami gembira dengan penglibatan pertama kami ke dalam pasaran baharu sepenuhnya itu seiring dengan visi kami yang menjangkaui Asia Pasifik," katanya dalam kenyataan.
Syarikat berkenaan kini mempertimbangkan penerbangan ke beberapa negeri di AS, termasuk Hawaii, sebagai sebahagian daripada pelan penambahan laluannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2017
AirAsia X menerima kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan untuk penerbangan ke Amerika Syarikat (AS). - Gambar fail
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
UNGA79: Mahmoud Abbas gesa PBB gantung keahlian Israel serta-merta
Israel tidak penuhi syarat-syarat keahlian PBB termasuk melanggari piagam dan resolusi badan dunia yang berpengaruh itu, tegas Presiden Palestin.
Angka korban di Gaza melebihi 41,500, terbaharu 39 lagi maut diserang Israel
Sekurang-kurangnya 39 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.
MOTAC atur mesyuarat khas bincang isu daftar masuk, keluar industri perhotelan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan isu waktu daftar masuk dan daftar keluar hotel yang sedang tular.
Azerbaijan tandatangani kontrak beli jet pejuang JF-17 Pakistan
Pembelian pesawat JF-17 itu "akan memperkukuh keupayaan kuasa udara Azerbaijan.
'Kami reda...' - Anak buntu cari ibu hilang sejak sembilan bulan lalu
Pelbagai usaha telah dilakukan bersama adik-beradik yang lain untuk mengesan keberadaan ibunya, namun semua itu tidak membuahkan hasil.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia mahu pastikan pertumbuhan kukuh ekonomi digital
Malaysia akan pastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan.
Fadillah mahu diaspora Malaysia di Laos teroka sektor tenaga boleh baharu
Setiap negara anggota ASEAN kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penghasilan TBB dan tenaga bersih.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.