KUALA LUMPUR: Ahli ekonomi menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan langkah alterntif bagi memastikan pemulihan ekonomi.
Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Makro), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk K. Yogeesvaran berkata, keadaan semasa yang tidak menentu menyebabkan inflasi yang lebih tinggi, yang secara tidak seimbang telah menjejaskan mereka yang berpendapatan rendah.
Beliau menjelaskan, pengenalan subsidi merupakan langkah jangka pendek yang akan menyelesaikan sementara isu itu, justeru, langkah yang lebih konstruktif perlu diambil bagi menangani inflasi.
"Apabila kita membincangkan mengenai subsidi dan golongan sasar, kita telah pun mengusahakan subsidi bersasar dan terdapat banyak pilihan dalam perancangan," katanya ketika sesi yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2022, bertemakan "Mempercepatkan Transformasi Struktur, Memacu Pertumbuhan Ekonomi" di sini, hari ini.
Sesi kedua, yang bertemakan "Unjuran Ekonomi 2022 dan Seterusnya - Cabaran Mendatang: Inflasi, rantaian bekalan, kekurangan buruh dan kini Omicron," turut menampilkan Pengarah Malaysia Venture Capital Management dan bekas Ketua Ahli Ekonomi Alliance Bank Malaysia Bhd, Manokaran Mottain serta penganalisis ekonomi di Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.
Yogeesvaran berkata, walaupun data ekonomi berkembang dengan pesat, majoriti penduduk sedang bergelut untuk mengatasi cabaran harian.
"Kita tidak seharusnya melihat kepada data sara diri sahaja, kita perlu menyemak elemen mampu milik dan kualiti juga," katanya dan menambah bahawa terdapat percanggahan yang jelas antara data makroekonomi dan data mikroekonomi.
Amerika Syarikat melaporkan pada 10 Jun, 2022, bahawa harga pengguna meningkat 8.6 peratus pada Mei, indeks harga pengguna China naik 2.1 peratus pada April dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura mengunjurkan inflasi keseluruhan tahunan republik itu adalah pada lima peratus tahun ini.
Inflasi Malaysia yang diukur mengikut indeks harga pengguna (IHP) diunjurkan meningkat namun secara relatifnya kekal terurus antara 2.5 peratus dan 3.5 peratus pada 2022 berbanding 2.5 peratus pada 2021.
Ahmed Razman yang turut bersetuju menyatakan bahawa kerajaan harus mula melihat langkah alternatif seperti sistem baucar atau mata wang maya bagi mengatasi situasi domestik terkini, di samping mengehadkan harga dan subsidi.
Malaysia menghadapi pelbagai isu serentak termasuk isu buruh dan makanan dan walaupun mengambil langkah biasa yang sama seperti menaikkan kadar faedah, subsidi dan lain-lain, mungkin tiba masanya untuk kita melihat kepada alternatif," katanya sambil memetik kenyataan Albert Einstein yang terkenal: "Kegilaan adalah melakukan perkara yang sama berulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza."
Ahmed Razman turut menekankan bahawa komponen 'bakul' IHP negara perlu disemak berikutan IHP tidak mencerminkan kos sara hidup sebenar.
Bank Negara Malaysia meletakkan indeks harga makanan pada lebih empat peratus bagi 2021.
"Oleh itu, data IHP terkini berkemungkinan tidak mencerminkan keadaan sebenar," katanya.
Sementara itu, Manokaran menjelaskan bahawa penggubal dasar perlu bertegas dalam melaksanakan sebarang dasar dan program dan mempertimbangkan untuk mengembalikan dasar Buku Hijau bagi menangani kekurangan makanan semasa.
Pada Disember 1974, Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein melancarkan "Buku Hijau", satu inisiatif untuk menggalakkan setiap rakyat untuk berkebun atau bercucuk tanam untuk jangka pendek. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
![Ahli ekonomi gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif pastikan pemulihan ekonomi Ahli ekonomi gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif pastikan pemulihan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655204661_TBklcc.jpg)
Ahli ekonomi menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan langkah alterntif bagi memastikan pemulihan ekonomi. - Gambar Astro AWANI
![Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738817735_TBPOTONGTANGAN.jpg)
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
AWANI Ringkas: SPRM teliti dokumen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738489287_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
![Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725703233_durian.jpg)
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
![Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738817714_TBHELICRASHjpg.jpg)
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang mangsa warga Indonesia disahkan meninggal dunia dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong di tempat kejadian akibat terkena bilah kipas.
![Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738815555_BangunanPerdanaPut.jpg)
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
![SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733744939_tbAzamBaki.jpg)
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
[TERKINI] Helikopter terhempas di Jalan KL-Bentong, korban jiwa direkodkan
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong sebentar tadi.
![Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam' Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738652386_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.
![Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711524606_TBSSMjpg.jpg)
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
![Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024 Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662090253_SektorPembuatan.jpg)
Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024
Pemulihan sektor pembuatan akan didorong kitaran teknologi pada separuh kedua 2024 dan pemulihan pascapandemik secara berperingkat di China.
![Ekonomi Malaysia sudah mula tunjuk tanda-tanda pemulihan sejak Q3 2023 - HSBC Ekonomi Malaysia sudah mula tunjuk tanda-tanda pemulihan sejak Q3 2023 - HSBC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705318912_WestportsPortKlang.jpg)
Ekonomi Malaysia sudah mula tunjuk tanda-tanda pemulihan sejak Q3 2023 - HSBC
Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada separuh kedua 2023.
![PM China seru anggota G20 utamakan aspek pembangunan PM China seru anggota G20 utamakan aspek pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695033241_LiQiangNanning.jpg)
PM China seru anggota G20 utamakan aspek pembangunan
China akan terus bersinergi dengan semua pihak secara terbuka dan inklusif untuk memberikan sumbangan lebih besar kepada pemulihan ekonomi dunia serta pembangunan dan kemakmuran global.
![Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671536812_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada hari ini disokong oleh data ekonomi China yang lebih baik daripada jangkaan yang menyokong sentimen serantau.
![SSM umum inisiatif tambahan pengurangan kompaun bantu perniagaan, korporat pulih SSM umum inisiatif tambahan pengurangan kompaun bantu perniagaan, korporat pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675356633_SSMLogoBiztrust.jpg)
SSM umum inisiatif tambahan pengurangan kompaun bantu perniagaan, korporat pulih
Inisiatif pengurangan kompaun itu melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal.
![Prestasi ekonomi China lepasi jangkaan Prestasi ekonomi China lepasi jangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677229362_Chinaflag.jpg)
Prestasi ekonomi China lepasi jangkaan
KDNK China mencecah RMB28.49 trilion (kira-kira RM18.36 trilion) pada suku pertama 2023, menokok 4.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
![Dunia terima banyak manfaat hasil pemulihan ekonomi China - IMF Dunia terima banyak manfaat hasil pemulihan ekonomi China - IMF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/71585968516_KristalinaGeorgieva.jpg)
Dunia terima banyak manfaat hasil pemulihan ekonomi China - IMF
Ekonomi China yang kian pulih diyakini mampu menyumbang satu pertiga daripada pertumbuhan global pada 2023.
![Gempa Turkiye: Ekonomi dijangka memburuk, pelancongan teruk terjejas Gempa Turkiye: Ekonomi dijangka memburuk, pelancongan teruk terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675728157_ProfesorDrSelvaDe.jpg)
Gempa Turkiye: Ekonomi dijangka memburuk, pelancongan teruk terjejas
Selain menjejaskan rantaian bekalan, sektor pelancongan juga bakal menerima impak buruk akibat tragedi itu.
![Henti berpolitik, sekarang masa kerajaan baharu bekerja selesai isu rakyat - Saifuddin Nasution Henti berpolitik, sekarang masa kerajaan baharu bekerja selesai isu rakyat - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670274795_SaifuddinNasutionI.jpg)
Henti berpolitik, sekarang masa kerajaan baharu bekerja selesai isu rakyat - Saifuddin Nasution
Fokus utama kerajaan kini adalah bekerja untuk rakyat dan menyelesaikan isu pemulihan ekonomi.