Sebanyak 28 jenama tempatan dipilih sebagai penerima Anugerah Superbrands Malaysia 2019 dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara malam tadi.
Ia sebagai memberi pengiktirafan terhadap jenama terbaik dan paling bernilai di pasaran.
Penganjuran edisi kali ke-11 anugerah tersebut dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.
Sejumlah 1,468 jenama utama tempatan telah dijaring menerusi pemilihan Majlis Profesional Superbrands
serta undian dalam talian sebelum jenama terbaik dipilih.
Dalam ucapannya, Darell berkata, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) merupakan salah satu agensi yang banyak membantu dalam mengeksport dan mempromosi produk tempatan.
"Saya percaya, Superbrands boleh bekerjasama dengan Matrade mencari titik persamaan untuk menjual produk yang diiktiraf ini di merata dunia.
"Ini kerana, pengeksportan adalah penting untuk Malaysia. Apabila kita eksport barangan buatan Malaysia, orang akan mula percaya kepada negara kita.
"Tetapi, perlu dipastikan, barangan kita kompetitif di serata dunia," kata Darell.
Antara yang menerima Anugerah Superbrands kali ini ialah syarikat Acer, Eco Ware, V Asia Cosmetics, Das Abdul Global dan Little Caliphs International.
Penyampaian anugerah disempurnakan Darell, disaksikan Pengarah Superbrands Mike English.
Astro Awani
Fri Oct 25 2019
Darell (tiga kanan) bersama sebahagian penerima Anugerah Superbrands Malaysia malam tadi. Astro AWANI
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
[RASMI] PRU15: Darell bukan lagi 'giant', tewas di Penampang
Datuk Ewon Benedict menang di Parlimen Penampang menewaskan penyandangnya Datuk Darell Leiking dengan undi 29,066 dan majoriti 14,410 undi.
PRU15: 'Giant Killer' Penampang selesai mengundi
Beliau yang juga Timbalan Presiden Warisan mengundi sekitar pukul 9.30 pagi bersama isterinya, Jennifer Jongiji.
Perhimpunan Warisan: Jangan amalkan politik wang - Darell Leiking
Semua ahli Parti Warisan (Warisan) diingatkan tidak mengamalkan politik wang sepanjang Pemilihan dan Perhimpunan Agung parti itu selama dua hari mulai hari ini.
Pas Sementara Sabah: 'Dulu kritik, sekarang setuju pula' - Darell Leiking
Usaha melaksanakan pendataan digital warga asing adalah idea asal kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
'Kerjasama Warisan-PBS hanya andaian penyokong'
Azis berkata isu itu timbul selepas temu ramah menerusi satu forum melibatkan Datuk Darell Leiking dan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai panel.
Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.
Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.
PRN Sabah: Pemimpin Pusat jangan jual cerita dongeng ketika kempen
Pemimpin Pusat yang datang ke Sabah sempena Pilihan Raya Negeri ke-16 diingatkan tidak menyalahgunakan kemasukan dengan menyampaikan cerita dongeng ketika berkempen.
Sabah Memilih: Shafie ada resipi terbaik agih kerusi dalam kalangan muka baharu
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengumumkan jumlah pengagihan kerusi di antara rakan sekutu dalam tempoh terdekat ini.
Bekas menteri dan timbalan menteri parti Warisan diserap pengerusi GLC Sabah
Dua wakil rakyat berkenaan ialah Datuk Darell Leiking serta Datuk Mohd Azis Jamman.