Kebimbangan bahawa kira-kira 14.5 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin hilang aliran pendapatan dividen yang kukuh sekiranya dana pencen itu menjual 49 operatus kepentingannya dalam syarikat pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Bhd, kini semakin meningkat.
Kebimbangan ini semakin meraih momentum susulan laporan berita bahawa usahawan Tan Sri Abu Sahid Mohamad berusaha untuk mengambil alih PLUS Malaysia melalui Maju Holdings Sdn Bhd.
Selain 49 peratus ekuiti KWSP dalam PLUS Malaysia, majoriti 51 peratus pegangan saham lagi dipegang oleh UEM Group Bhd, yang merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.
Penganalisis berkata cadangan itu perlu ditolak kerana kedua-dua dana pencen dan cabang pelaburan kerajaan itu menikmati pulangan yang baik daripada pengambilalihan PLUS Malaysia sejak akhir 2011.
Mereka juga berkata PLUS Malaysia merupakan perniagaan teras bagi Khazanah, dan pelaburan teras bagi KWSP, dan sudah pasti merupakan penjana pendapatan penting bagi kedua-duanya.
Justeru, timbul persoalan mengapa dana atau Khazanah perlu menjual syarikat pengendali lebuh raya itu.
Andai penjualan dilakukan, pencarum berpendapat KWSP akan kehilangan pendapatan bernilai daripada kutipan tol dan, akibatnya akan berhenti membayar dividen yang baik kepada pencarum.
Persoalan lain yang timbul ialah mengapa perlu menjual aset negara kepada pihak swasta sedangkan ia milik rakyat menerusi syarikat berkaitan kerajaan (UEM Group) dan KWSP.
Pelaburan itu telah memberi manfaat kepada rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak, oleh itu, PLUS Malaysia perlu terus kekal dalam portfolio KWSP sebagai pelaburan strategik jangka panjang, kata penganalisis itu.
Dan apabila dividen dibayar kepada Khazanah, ia masuk semula kepada kerajaan yang kemudiannya boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur.
Penganalisis berkata berdasarkan sifat strategik aset itu, Khazanah dan KWSP wajar terus kekal sebagai penjaga perniagaan tersebut kerana mereka mewakili kerajaan dan rakyat.
Sungguh melegakan apabila Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan dilaporkan berkata bulan lepas bahawa KWSP tidak merancang untuk melupuskan 49 peratus pegangannya dalam PLUS Malaysia 'kerana pelaburan dalam syarikat tersebut telah memberikan pulangan yang baik kepada dana pencen itu.'"
Bernama memetik beliau sebagai berkata bahawa dana dan Kumpulan UEM telah melabur secara besar-besaran dalam mengembangkan rangkaiannya, terutama di Lembah Klang.
Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa 'PLUS Malaysia telah banyak menyumbang kepada pendapatan KWSP.'
UEM Group, selepas menerima surat niat tidak terikat daripada Maju Holdings, juga berkata ia tidak berhasrat menjual sahamnya dalam PLUS Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2017
![14.5 juta pencarum mungkin rugi jika KWSP jual PLUS 14.5 juta pencarum mungkin rugi jika KWSP jual PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499000226_PlusHighway.jpg)
Selain 49 peratus ekuiti KWSP dalam PLUS Malaysia, majoriti 51 peratus pegangan saham lagi dipegang oleh UEM Group Bhd, yang merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd. - Gambar fail
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739609690_PetraNews.jpg)
Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman KWSP.
![Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737610800_KWSP.jpg)
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
![Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733207821_AmirHamzahAzizan.jpg)
Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah
Dalam tempoh sama, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus.
![Akaun Fleksibel KWSP: Solusi segera atau risiko jangka panjang? Akaun Fleksibel KWSP: Solusi segera atau risiko jangka panjang?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727080108_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
Akaun Fleksibel KWSP: Solusi segera atau risiko jangka panjang?
Keputusan untuk mengeluarkan wang dari Akaun Fleksibel KWSP perlu dibuat dengan berhati-hati, dengan mempertimbangkan keperluan semasa dan perancangan masa depan.
![Mohd Zuki dilantik pengerusi KWSP baharu Mohd Zuki dilantik pengerusi KWSP baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599919068_TBZUKI.jpg)
Mohd Zuki dilantik pengerusi KWSP baharu
Mohd Zuki menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan Pengerusi KWSP sejak 1 Mei 2020.
![KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679548912_KementerianKewangan.jpg)
KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF
KWSP peruntuk RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah peruntukan dana untuk pelaburan domestik pada tahun ini.
![Inisiatif BAITI bantu golongan M40 miliki kediaman pertama Inisiatif BAITI bantu golongan M40 miliki kediaman pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692090432_RadziBaiti.jpg)
Inisiatif BAITI bantu golongan M40 miliki kediaman pertama
Program inisiatif BAITI menawarkan bantuan kewangan kepada golongan M40 memiliki rumah pertama mereka di Lembah Klang dan Selangor.
![KWSP catat jumlah pendapatan pelaburan RM33.19 bilion pada separuh pertama 2023 KWSP catat jumlah pendapatan pelaburan RM33.19 bilion pada separuh pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677923062_TBAmirHamzahAzizan.jpg)
KWSP catat jumlah pendapatan pelaburan RM33.19 bilion pada separuh pertama 2023
KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun, 2023.
![KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677233782_kwsp.jpg)
KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel
KWSP cadang Akaun 3 diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.
![ISWC 2023 himpun lebih 2,000 delegasi, perkasa sistem perlindungan sosial negara ISWC 2023 himpun lebih 2,000 delegasi, perkasa sistem perlindungan sosial negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688631139_ISWC.jpg)
ISWC 2023 himpun lebih 2,000 delegasi, perkasa sistem perlindungan sosial negara
Persidangan berkenaan dilihat mampu mencari penyelesaian dan menambah baik sistem perlindungan sosial di negara ini.