KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 syarikat Malaysia akan menyertai pameran perdagangan The Big Dubai 5 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 5-8 Disember ini.
Penyertaan syarikat terbabit dalam pameran dagangan terbesar bagi sektor pembinaan dan bahan binaan itu diselaraskan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
"Pada tahun ini, syarikat-syarikat Malaysia akan mengetengahkan produk serta perkhidmatan dalam pelbagai segmen bahan binaan seperti kelengkapan atau aksesori kebersihan dan bilik mandi, bahan binaan jalan raya, pendawaian dan aksesori elektrik, penyelesaian kalis air serta peralatan pengujian bagi bahan binaan.
"Produk yang mesra alam, sistem air panas dijana tenaga solar dan produk getah kitar semula akan turut ditawarkan kepada bakal pembeli dalam pameran itu, sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap keluaran sedemikian," kata MATRADE dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pembinaan dan Perkhidmatan Perniagaan MATRADE Jamaliah Jamaludin berkata negara-negara Asia Barat terus menjadi pasaran tumpuan untuk syarikat Malaysia berikutan projek yang bakal dilaksanakan atau berterusan membabitkan kerajaan serta syarikat tempatan.
"Jumlah eksport global membabitkan bahan binaan ke UAE misalnya bernilai US$7.82 bilion (US$1=RM4.39) manakala eksport bahan binaan Malaysia ke UAE adalah US$76 juta pada 2021.
"Ini menjadi petunjuk mengenai pelbagai peluang eksport bagi syarikat bahan binaan Malaysia.
"Usaha bagi melonjakkan perdagangan Malaysia dengan UAE sebagai pasaran sedang pesat membangun juga seiring dengan aspirasi Rangka Tindakan Perdagangan Nasional untuk meningkatkan daya saing dagangan Malaysia serta memperkukuh kedudukannya di peringkat global," katanya.
Menurut MATRADE, pengeksport Malaysia yang berhasrat menembusi pasaran Asia Barat boleh menghubungi pejabat-pejabat agensi itu di Dubai (UAE), Jeddah (Arab Saudi), Kaherah (Mesir) dan Doha (Qatar) bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini pasaran, hubungan perniagaan serta peluang perniagaan.
Maklumat mengenai pejabat-pejabat MATRADE di luar negara juga boleh diperoleh dengan melayari www.matrade.gov.my
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022
![12 syarikat Malaysia sertai pameran dagangan di Dubai 12 syarikat Malaysia sertai pameran dagangan di Dubai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669968136_matradejamaliah.jpg)
Penyertaan syarikat terbabit dalam pameran dagangan terbesar bagi sektor pembinaan dan bahan binaan itu diselaraskan oleh MATRADE.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691928825_DatukSeriReezal.jpg)
Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.
![Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715009848_Zafrul.jpg)
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
![Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024 Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714490937_MazlanHarunMATRAD.jpg)
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
![Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709955577_DutaBesarMalaysia.jpg)
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi telah mempamerkan koleksi Autumn/Winter 2024 di Minggu Fesyen Paris bermula 29 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024.
![Nilai perdagangan Malaysia lepasi RM2.64 trilion, China rakan dagang terbesar Nilai perdagangan Malaysia lepasi RM2.64 trilion, China rakan dagang terbesar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709884388_sidangkemuncakMala.jpg)
Nilai perdagangan Malaysia lepasi RM2.64 trilion, China rakan dagang terbesar
Nilai perdagangan Malaysia direkodkan melepasi RM2 trilion selama tiga tahun berturut-turut dengan China terus menjadi rakan dagang terbesar negara.
![Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699398665_growingmalaysian.jpg)
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
![Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699398665_growingmalaysian.jpg)
Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji
New Zealand dan Fiji adalah antara empat rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran utama di rantau ini.
![Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023 Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-05/71462785336_Matrade.jpg)
Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023
Matrade akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.
![MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694789317_TBMatrade.jpg)
MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 telah melepasi sasaran jualannya sebanyak RM2.5 bilion pada hari ketiga, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
![MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679982344_DatukMohdMustafaA.jpg)
MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion
Penyertaan pempamer dari China dalam bilangan yang besar menyumbang kepada peningkatan sasaran jualan MIHAS tahun ini.