KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disasar menjadi usahawan digital menerusi aplikasi MyVeteranMall yang disediakan khas buat mereka dan ahli keluarga.
Aplikasi itu adalah inisiatif Kementerian Pertahanan menerusi Jabatan Hal Ehwal Tentera (JHEV) ATM dengan kerjasama MIDC Technology Sdn Bhd yang bertujuan untuk memberikan kemudahan dan peluang keusahawanan secara digital kepada komuniti Veteran ATM bagi menambah baik status sosio-ekonomi mereka melalui pelbagai aktiviti seperti e-Info, e-Dagang dan e-Servis.
MyVeteranMall ini dibangunkan dan diurus oleh MIDC Technology Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Edaran Bhd, pembekal utama perkhidmatan dan penyelesaian IT negara.
MIDC Technology akan menyedia dan mengurus khidmat bayaran elektronik dan transaksi dalam talian termasuk memudahkan e-Dagang, e-Servis dan lain-lain perkhidmatan atas talian yang ditawarkan MyVeteranMall.
Edaran dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mengajar para veteran mengenai sistem cara menguruskan kedai maya mereka selain cara meletakkan harga serta menggunakan kemudahan yang disediakan dalam sistem itu.
Katanya, sistem yang digunakan adalah lebih mudah berbanding platform e-Dagang lain yang berada di pasaran dan ia tidak melibatkan penyertaan orang awam.
"Sekarang ini kami sedang dalam fasa menarik mereka untuk berniaga di sini.
"Sasaran awal kami adalah 100,000 orang, tetapi hakikatnya jumlah Veteran ATM melebihi jumlah itu.
"Buat masa ini ada lebih 500 usahawan di dalam MyVeteranMall dengan hampir 700 barang diniagakan.
"Edaran akan memberikan latihan sepenuhnya bermula daripada penyediaan kedai hingga proses penghantaran.
"Sebahagian daripada hasil diperoleh mereka akan dimasukkan ke Tabung Pahlawan," katanya bersempena dengan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlangsung Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
MyVeteranMall dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz pada 30 November lalu.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Dec 13 2021
Sekitar 100,000 Veteran ATM disasar jadi usahawan digital di MyVeteranMall. -Dagang News
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Veteran ATM cadang PLKN libatkan ahlinya yang berpengalaman
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencadangkan agar pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dapat melibatkan ahlinya yang berpengalaman.
Veteran ATM berdiri tengah panas, situasi biasa perbarisan statik - PVATM
Perbarisan itu dianjurkan PVATM sempena meraikan 100 tahun persatuan dan bukan majlis perjumpaan bersama Menteri Kanan Pertahanan.
100,000 Veteran ATM disasar jadi usahawan digital di MyVeteranMall
Sistem yang digunakan adalah lebih mudah berbanding platform e-Dagang lain yang berada di pasaran dan ia tidak melibatkan penyertaan orang awam.
PM ziarah keluarga sahabat di hospital
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa kira-kira 30 minit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk bertemu ahli keluarga sahabatnya yang dirawat di hospital itu.