Para penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) yang berada di kawasan yang sedang dilanda banjir ketika ini mungkin berdepan dengan masalah terutamanya bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan pada minggu hadapan.
Bagi menangani kesulitan itu, pihak USM telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir di Kampus Induk Pulau Pinang melalui Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Prelajar (BHEPP) bagi mengambil langkah yang perlu untuk membantu pelajar terjejas, menurut sebuah kenyataan media hari ini.
Mesyuarat penyelarasan semua jabatan USM telah dijalankan dan dipengerusikan Timbalan Pendaftar (BHEPP) Husin Yahaya. Ia bertujuan menyusun langkah-langkah yang perlu secara berterusan termasuk menyediakan pelan tindakan membantu pelajar dan khidmat kaunseling.
"Jadual pergerakan untuk membantu pelajar telah disediakan dan ia akan bermula pada pagi esok ke semua tempat terlibat. Pelajar diminta hubungi pihak USM untuk memudahkan operasi dilakukan secara berterusan," kata Husin.
Bilik Gerakan ini akan beroperasi 24 jam mulai esok dan boleh dihubungi melalui talian 04-653 6137 manakala di Kampus Kesihatan Kelantan Bilik Gerakan HEPP boleh dihubungi melalui talian 09-767 1305 dan 09-767 1300.
Usaha juga dibuat dengan menyelaraskan Kor Sukarelawan Pelajar dan kakitangan yang berminat dalam misi bantuan terutamanya untuk membawa pulang pelajar yang akan menduduki peperiksaan atau mereka yang terkandas.
Menurut Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Omar Osman, USM memandang serius dan terus memantau banjir yang melanda di seluruh negara apatah lagi dalam keadaan pelajarnya yang akan menduduki peperiksaan semester pada minggu hadapan.
"Kita akan menggerakkan segala sumber yang ada untuk tujuan tersebut untuk mrembantu mereka balik ke kampus dan mendapatkan maklumat tentang di mana mereka berada secepat mungkin melalui Bilik Gerakan HEPP," kata Omar.
Pindahkan pesakit
Di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, operasi membantu mangsa banjir dilakukan secara berterusan terutamanya melalui Hospital USM termasuk memindahkan para pesakit dari hospital yang terjejas sekitar Kota Bharu ke Hospital USM sejak malam tadi. Awal pagi tadi dilaporkan seramai 32 orang pesakit telah dipindahkan ke Hospital USM apabila bandar Kota Bharu mula dinaiki air.
Sementara itu, Pasukan Kor Sukarelawan Pelajar USM bersama-sama sukarelawan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain dijangka berada di tujuh pusat petempatan banjir Daerah Tumpat Kelantan pada 26 hingga 28 Disember ini dan ke Gua Musang dijangkakan mulai 31 Disember.
Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) USM, Profesor Datuk Dr. Ahmad Shuktri Mustafa Kamal meminta agar para pelajar tenang menghadapi banjir ini namun perlu juga memberikan keutamaan kepada peperiksaan yang akan dihadapi dan segera kembali ke kampus.
"Walaupun terdapat mekanisme seperti mana amalan pada masa-masa lalu yang membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan melalui Kursus Semasa Cuti panjang (KSCP) dan Dengan Kebenaran (DK) melalui Dekan Pusat-pusat Pengajian namun mereka yang tidak terjejas teruk sepatutnya kembali ke kampus dan USM akan membantu sebaik mungkin untuk membolehkan mereka menghadapi peperiksaan," kata Ahmad Shukri.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM Mohd Shafiq Kamaruddin pula memberitahu, pihaknya bekerjasama dengan BHEPP untuk operasi 24 jam Bilik Gerakan Banjir dan membantu mereka yang terlibat.
"Kami telah menerima banyak pertanyaan dan maklumat mereka yang terkandas dan terjejas akibat banjir dan akan menyelaraskan dengan BHEPP untuk membantu mereka," kata Mohd. Shafiq.
Tambahnya lagi, pihaknya menyokong usaha ini dan menyelaraskan dengan universiti untuk mengelakkan berlakunya penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menjejaskan usaha yang dibuat.
Astro Awani
Wed Dec 24 2014
Pihak USM mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir bagi mengambil langkah yang perlu untuk membantu pelajar terjejas.
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
KPM buka bilik gerakan banjir, urus pusat peperiksaan SPM terjejas banjir - Radzi
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Banjir di Pulau Pinang semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang yang masih ditempatkan di enam pusat pemindahan terus berkurangan berikutan cuaca yang semakin baik dan cerah sejak semalam di negeri ini.
Cuti bomba dibeku, bilik gerakan banjir diaktifkan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah bersedia sepenuhnya dalam menghadapi cabaran risiko banjir musim tengkujuh yang kini sedang melanda beberapa negeri di Malaysia.
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Perak, Johor menurun petang ini
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Pahang, Perak dan Johor menurun setakat 5 petang ini manakala di Kelantan kekal seperti yang direkodkan tengah hari tadi.
Jumlah mangsa banjir terus menurun pagi ini
Jumlah mangsa di negeri-negeri terlibat banjir terus mencatat penurunan kepada 50,497 orang pagi ini berbanding 55,919 orang malam tadi.
USM aktifkan Bilik Gerakan Banjir
Langkah diambil untuk memberi bantuan kepada pelajar di kawasan dilanda banjir terutamanya calon yang bakal menduduki peperiksaan.