Proton Holdings Bhd kini menawarkan perkhidmatan buruh percuma untuk pembaikan kereta serta diskaun 30 peratus bagi alat ganti kenderaan itu yang terjejas akibat banjir.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, syarikat itu pada mulanya menawarkan pemilik kereta terbabit dengan diskaun 20 peratus bagi semua kerja pembaikan kenderaan itu.
"Namun, kami berasakan tawaran awal itu tidak memadai dalam keadaan sekarang dan memutuskan untuk memberi diskaun 30 peratus bagi alat ganti manakala bayaran khidmat buruh tidak akan dikenakan bagi pelanggan Proton yang terjejas akibat banjir.
"Kami menasihati pelanggan berkenaan menghantar kereta mereka ke pusat servis diiktiraf Proton yang berhampiran bagi membolehkan kereta mereka dibaiki," katanya dalam satu kenyataan.
Program 'Proton We-Care Prihatin Banjir' sehingga 15 Mac tahun depan itu, turut merangkumi perkhidmatan pemeriksaan secara percuma, penilaian kerosakan dan perkhidmatan tunda kenderaan dari kawasan terjejas banjir ke pusat servis Proton.
Pemilik kereta Proton juga boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan 1800-888-398 bagi sebarang pertanyaan, bantuan serta khidmat tunda kereta.
Selain itu, Proton turut berkongsi panduan pengurusan kereta yang terjejas akibat banjir iaitu :
* Tidak menghidupkan enjin kereta;
* Tidak menggunakan alat kawalan jauh bagi membuka pintu kereta, sebaliknya melakukannya secara manual;
* Pastikan untuk mengalihkan terminal negatif bateri kereta bagi menghentikan pengaliran elektrik dalam kereta.
Kesemua tiga langkah di atas bertujuan meminimumkan kerosakan peralatan, terutamanya komponen elektrik dan mekanikal kereta selain boleh menyelamatkan beberapa bahagian peralatan berkenaan.
Selepas menutup elektrik kereta, pemilik kenderaan itu harus mengambil barangan berharga yang disimpan dalam kereta, mengunci kereta secara manual dan memastikan kenderaan itu ditunda ke pusat servis diiktiraf Proton yang berhampiran.
Bernama
Fri Dec 26 2014
![Proton tawar khidmat buruh percuma, diskaun alat ganti kereta terjejas banjir Proton tawar khidmat buruh percuma, diskaun alat ganti kereta terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/41406107615_295x200.jpg)
Proton Holdings Bhd kini menawarkan perkhidmatan buruh percuma untuk pembaikan kereta serta diskaun 30 peratus bagi alat ganti kenderaan. -Gambar fail
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Proton tawar khidmat buruh percuma, diskaun alat ganti kereta terjejas banjir Proton tawar khidmat buruh percuma, diskaun alat ganti kereta terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/41406107615_295x200.jpg)
Proton tawar khidmat buruh percuma, diskaun alat ganti kereta terjejas banjir
Proton Holdings Bhd kini menawarkan perkhidmatan buruh percuma untuk pembaikan kereta serta diskaun 30 peratus bagi alat ganti kenderaan itu yang terjejas akibat banjir.